Expired : 18.06.18

“Nanti Masyarakat Expect Too Much, Balik Jumpa Mufti Mesti Berubah Jadi Laki,” – Safiey Illyas

Beberapa hari lalu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri ada menulis surat secara terbuka buat usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illyas untuk bersua dan ‘mengeteh’.


Lalu, menerusi Instagram, penyanyi lagu Syinta Gila itu ada memberikan reaksi terhadap pelawaan berkenaan.


Katanya, dia bukan tidak mahu bertemu dengan mufti, sebaliknya dia risau masyarakat akan mengharapkan sesuatu di luar jangkaan.


“Bukan xnk jumpa mufti, tp nanti masyarakat suka expect too much . Balek jumpa mufti mesti berubah jd laki.


“Lepastu benda lain lg org akan cakap , marketing lah tu nk keluar lagu baru , produk baru . ATAU lagi 1 penunggang agama . Pastu lagi 1 , bodoh la dia ni memang hati hitam dh jumpa mufti masih x berubah,” tulisnya.


Pada masa sama, Safiey turut menjelaskan dia sudah serik.


“Syinta dh serik dah hahaha . Jumpa ustaz ebit haritu pun korang expect mcm2 . Salah ke nk g belajar ilmu agama tambah ilmu.


“Janji kita tahu kita ni berdosa jahil masih terdetik hati nak keluar dakwah 3 hari. Ada yg nak tambah?,” kongsi Safiey lagi.




Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan nasihat buat Safiey. Bahkan ada beberapa komen turut dibalas usahawan tersebut. Di samping itu, kelihatan juga komen yang berbentuk kritikan dan kecaman terhadapnya.


Foto: Instagram Safiey lllyas


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop