Expired : 18.06.18

NASA Menganggarkan Kos Misi Ke Bulan Mencecah RM 125 Bilion

NASA akan kembali ke bulan menjelang 2024 menerusi Misi Artemis yang diumumkan tiga minggu yang lalu. Ia adalah misi pertama sejak Misi Apollo dihentikan pada tahun 1972. Sejak itu China dan Rusia kini turut mahu menghantar angkasawan mereka ke permukaan bulan yang kemudian menjadi batu loncatan untuk misi ke Marikh.


Pihak NASA telah berkongsi anggaran kos untuk menghantar semula manusia ke bulan adalah di antara $20-30 bilion (~RM 83-125 bilion). Ini bermakna NASA perlu menerima dana tambahan sehingga $6 bilion setiap tahun dalam masa lima tahun kerana mereka hanya menerima $20 bilion setahun dari kerajaan Amerika Syarikat.


Perlumbaan ke bulan bukan sahaja dilakukan oleh negara. SpaceX, Blue Origin dan Lockheed turut telah mengumumkan modul ke bulan mereka untuk tujuan pelancongan serta perlombongan. NASA sendiri telah bersetuju membenarkan aktiviti komersial serta pelancongan pada modul ISS mereka bagi menampung kos operasi.


Norlida Ishak Shop