Expired : 18.06.18

Nasi Kandar Pelita Dalam Perancangan Tawar IPO Awal Tahun Hadapan

Siapa sahaja yang tidak mengenali restoran nasi kandar Pelita yang mempunyai cawangan di serata Malaysia. Dalam laporan yang dibuat oleh Utusan Online, Syarikat Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd. (Pelita) berhasrat membuat tawaran awam permulaan (IPO) menjelang suku pertama tahun depan.


Pengarah Eksekutifnya, Datuk KK Sihabutheen berkata, IPO itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi mengembangkan lagi rangkaian perniagaan mereka khususnya bagi pembukaan restoran dan hotel baharu di masa akan datang.




Pihak Pelita dijangka membuka tawaran IPO berkenaan pada harga sekitar RM0.80 hingga RM1.00. Dengan tawaran IPO ini, pihak Pelita berharap dapat mengumpul modal tambahan untuk mengembangkan operasi sedia ada.


Ketika ini, terdapat lebih 30 rangkaian restoran nasi kandar Pelita di seluruh negara selain di Chennai, India dengan purata pelanggan lebih 25 juta orang setahun. Nasi kandar Pelita nampaknya bakal mengikut jejak Mr DIY yang juga dalam perancangan untuk melancarkan IPO sama ada di Malaysia atau Hong Kong pada suku keempat tahun ini.


#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.



Norlida Ishak Shop