Expired : 18.06.18

Nasihat legenda, Khalid jaga cucu

LEGENDA bola sepak akhirnya bersuara dengan meminta orang ramai terutama peminat sukan nombor satu negara supaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dan duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19.


Menerusi video berdurasi 2 minit 54 saat itu, legenda bola sepak, Santokh Singh meminta orang ramai supaya terus berdoa supaya keadaan kembali pulih seterusnya semua aksi bola sepak negara boleh kembali berjalan seperti biasa.


“Saya meminta semua rakyat Malaysia supaya berada di rumah sepanjang tempoh penularan wabak Covid-19. Mari bersama membantu kerajaan menbendung penularan wabak terbabit.


“Pastinya ramai yang merindui aksi Liga Malaysia dan persembahan Harimau Malaya, maka mari kita membantu dan berdoa supaya penularan wabak ini dapat dibendung,” katanya.


Harapan sama turut disuarakan penyerang era-80 an, Hassan Sani yang turut dikenali sebagai ‘lipas kudung’ dengan berharap segalanya akan berakhir seterusnya meminta orang ramai terus kekal duduk di rumah.


Sementara itu, Khalid Ali menghabiskan masa di rumah dengan menjaga cucunya selain tidak keluar dari kediaman jika tiada urusan penting.


“Dengarlah kata kerajaan dan lebih baik duduk di rumah seperti saya yang menjaga cucu sementara duduk di rumah ini,” katanya.