Expired : 18.06.18

Nasihat pakar, DBP akur menara tiada replika buku

DBP memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan pekerja, pengunjung dan orang awam. — Papran skrin Google
DBP memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan pekerja, pengunjung dan orang awam. — Papran skrin Google

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Atas faktor keselamatan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akur arahan merobohkan replika buku atas bumbung menara mereka, di sini.

Bahagian Komunikasi Korporatnya berkata keputusan dibuat selepas mendapat nasihat daripada pakar Jabatan Kerja Raya (JKR), lapor Utusan Online.


“Mereka mengesahkan bahawa struktur replika tersebut tidak lagi berada dalam keadaan yang selamat,” katanya.


“Perobohan replika ini dibuat atas faktor keselamatan. DBP memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan pekerja, pengunjung dan orang awam.”


Kerja perobohan sudah dimulakan sejak 12 Julai lalu, namun dijangka siap sepenuhnya pada 16 November ini.


Norlida Ishak Shop