Expired : 18.06.18

Nasihat Rasulullah mengenai pemimpin penipu


RASULULLAH ﷺ pernah berpesan bahawa akan datang satu zaman, si penipu akan diangkat dan dibenarkan. Sabda Rasulullah ﷺ :


سَيأتي على الناسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ ، يُصَدَّقُ فيها الكَاذِبُ ، و يُكَذَّبُ فيها الصَّادِقُ، ويُؤْتَمَنُ فيها الخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فيها الأَمِينُ ، ويَنْطِقُ فيها الرُّوَيْبِضَةُ . قيل : وما الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قال : الرجلُ التَّافَهُ ، يتكلَّمُ في أَمْرِ العَامَّةِ



“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan percakapan orang yang benar pula didustakan, amanah diberikan kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.


Kemudian akan bersuaralah golongan al-Ruwaibidah. Baginda ditanya : Siapakah golongan al-Ruwaibidah? Maka baginda menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”. (HR al-Bukhari).


2. Menurut al-Imam Ibn Taimiyyah, hadis ini menggambarkan mengenai kerosakan akhlak dan intergriti pada ummah akhir zaman. Golongan penipu dan pendusta diangkat menjadi pemimpin lalu mereka mengeluarkan pandangan dalam perkara-perkara yang penting.


3. Dalam hadis ini juga Rasulullah ﷺ mengingatkan kita mengenai kemunculan golongan yang dipanggil ruwaidbidah. Iaitu golongan yang jahil lagi fasiq yang memberikan pandangan hal urusan yang besar.


4. Baginda turut berpesan kepada kita bahawa kepimpinan ini adalah amanah. Dan sekiranya amanah diberikan kepada golongan yang salah, maka ia akan membawa kepada kemusnahan dan kerosakan. Sabda Rasulullah ﷺ:


فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ . قَالَ : كَيْفَ إِضَاعَتُهَا ؟ قَالَ : إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ


“Sekiranya sesuatu amanah itu disia-siakan, maka tunggulah akan berlakunya kiamat (kerosakan). Lalu sahabat bertanya: Apa yang engkau maksudkan dengan mensia-siakan amanah wahai Rasulullah? Rasulullah  ﷺ lalu bersabda: Sekiranya sesuatu urusan diberikan kepada yang bukan ahlinya (yang tidak berkelayakan), maka tunggulah akan berlakunya kiamat (berlakunya kerosakan). (HR al-Bukhari).


Moga Allah membimbing kita semua.



Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.



The post Nasihat Rasulullah mengenai pemimpin penipu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop