Expired : 18.06.18

Nasihat untuk bakal pengantin, jangan pinggir ibu bapa di majlis kahwin

Pasangan yang bakal berkahwin diingatkan bahawa hari pernikahan sebenarnya adalah majlis kedua ibu bapa. — Foto oleh Choo Choy May
Pasangan yang bakal berkahwin diingatkan bahawa hari pernikahan sebenarnya adalah majlis kedua ibu bapa. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 21 Feb — Seorang gadis mengingatkan pasangan yang bakal berkahwin bahawa hari pernikahan mereka nanti sebenarnya adalah majlis kedua ibu bapa.


Darling Marcella berkata jika gagal memahami perkara mudah itu, lebih baik jangan kahwin.


“Kau ingat makcik pakcik datang nak tengok kau atas pelamin? Itu nombor dua,” tulisnya di Twitter.


“Mereka datang sebab nak meraikan dan menghargai majlis tuan rumah. Jangan nak rasa ada hak sangat ya?”


Tidak pasti ditujukan kepada siapa, beliau kecewa jika ada yang mengatakan “kalau keluar duit”, barulah majlis boleh dianggap milik ibu bapa.



Majlis kahwin kita bukan majlis kita ye. Itu majlis mak bapak kita. Majlis kahwin anakkk kita baru majlis kita. Kalau benda simple mcm ni tak faham, jgn kahwin lagi. Kasi faham ni dulu..


— Darling Marcella