Expired : 18.06.18

Nazim Othman Akui Suka Menyanyi Tetapi Penat Asyik Dikecam

Pelakon Nazim Othman sememangnya dikenali ramai kerana ada sahaja cerita mengenainya hampir setiap minggu di ruangan gosip mana-mana portal hiburan.


Kalau anda mengikuti laman Instagram lelaki ini, dia kadang-kadang ada memuat naik videonya menyanyi. Nazim juga pernah memuat naik video dia dan Idayu menyanyikan lagu “Timeless” nyanyian asal Kelly Clarkson dan Justin Guarini.







Kelmarin, pelakon lelaki yang sedang sibuk dengan penggambaran drama “Suri Katriana” ini telah memuat naik satu video di mana dia dilihat berada dalam studio rakaman dan sedang mendendangkan sebuah lagu dengan sepenuh hatinya.







Walaubagaimanapun, kapsyen yang ditulis bersama entri itu menggambarkan sepertinya dia penat menerima kecaman orang ramai meskipun dia sangat suka menyanyi.


Mungkin I cuma boleh nyanyi masa shower je kot? Eh?


nazim othman suka menyanyi tapi penat asyik kena kecam


Pun begitu, penyanyi Ernie Zakri yang turut ditag sekali dalam entri itu telah memujuk Nazim.


Tak lah! Kalau anda suka menyanyi, jangan berhenti. Anda akan perolehi apa yang anda inginkan. Ataupun, masuklah kelas vokal saya, jom.. hehehe.


Kebanyakan pengikut Nazim turut memberikan kata-kata semangat dan memintanya terus menyanyi sekiranya itu adalah minatnya. Mereka juga memuji suara lelaki itu sedap dan mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian.


Sumber: BM Cari


Norlida Ishak Shop