Expired : 18.06.18

NEC Berjaya Menguji Prototaip Kereta Terbang Pertama Mereka

NEC dikenali di Malaysia sebagai pengeluar komputer riba dan projektor. Tetapi mungkin ramai tidak mengetahui ia di bawah payung Sumitomo Group yang telah beroperasi sejak tahun 1615. NEC sendiri diasaskan pada tahun 1893 dan menjadi antara nama besar dalam penghasilan semikonduktor. Mereka kini telah menceburi bidang penghasilan kereta terbang dengan prototaip berjaya melakukan penerbangan pertama minggu lalu,



Kereta terbang ini dibangunkan dengan kerjasama syarikat Cartivator dan menyasarkan penggunaan sebagai teksi terbang di Jepun dalam masa terdekat. Di dalam ujian yang dilakukan, kereta terbang NEC berjaya mengapung selama 50 saat pada ketinggian 3 meter. Dengan penggunaan empat kipas, ia kelihatan seperti sebuah dron quadrotor yang popular di pasaran. NEC bercadang menghasilkan teksi terbang secara besar-besaran menjelang 2026. Jepun pula mempunyai perancangan mempunyai sistem penghantaran barangan menggunakan dron seawal 2023.


Apa yang kami rasakan menarik ialah fiksyen sains 80an kerap menunjukkan Jepun sebagai negara terawal mempunyai kereta terbang tetapi di dunia sebenar mereka agak lewat membangunkan teknologi ini. China dan Amerika Syarikat lebih ke hadapan dan mempunyai pelbagai prototaip yang sudah berjaya melakukan penerbangan dengan penumpang.


Norlida Ishak Shop