Expired : 18.06.18

Neelofa Tidak Kisah Fesyennya Dipersenda Dan Dikecam Netizen

Selalu ingin tampil dengan gaya terbaru dan berani mengetengahkan fesyen yang agak unik, selebriti popular Neelofa sering sahaja dipersenda dan dikecam oleh netizen. Namun, beliau sebenarnya tidak pernah ambil pusing dengan hentaman netizen dan memberitahu apa yang beliau lakukan itu bukan sekadar untuk suka-suka sahaja.



Saya seolah-olah menjadi bahan jenaka mereka, namun saya tidak pernah ambil serius semua itu. Jika saya meletakkan diri sama seperti mereka, saya tidak akan ke mana-mana. Saya tahu apa yang saya buat selama ini, malah sendaan itu sebenarnya menjadi ruang untuk saya memperbetulkan kelemahan yang ada.









Saya sentiasa ambil selangkah ke depan kerana jika tidak, saya sama seperti mereka yang gemar mencari perkara negatif. Dalam berfesyen, saya suka bereksperimen dan ada kalanya agak berani. Tetapi, saya sentiasa berusaha untuk melebarkan sayap dalam bidang fesyen dan kecantikan di luar negara.



Hasil beliau menggayakan fesyen menarik akhirnya membuahkan hasil. Menurut Neelofa beliau akan ke London dan Paris pada bulan hadapan untuk menandatangani kontrak dengan agensi fesyen di sana.


Sumber Berita : BH ONLINE


Norlida Ishak Shop