Expired : 18.06.18

Negara tidak akan bankrap, diurus dengan baik – Guan Eng

WALAUPUN ketika bergelar pembangkang, Lim Guan Eng sering membayangkan Malaysia bakal bankrap, namun selepas kini menjadi Menteri Kewangan, beliau yakin keadaan sudak bertukar menjadi lebih baik.


Malah katanya, Malaysia tidak akan bankrap walaupun terpaksa menambah hutang pinjaman kerana kini negara diuruskan dengan begitu baik serta efisyen.


Sambil mendakwa kerajaan kini berhadapan dengan bebanan hutang sebanyak RM150 bilion kerana penyewelengan 1MDB, Guan Eng yakin ia dapat diselesaikan dengan agenda memerangi rasuah.


“Bayangkan, ketika ini kita sudah kerugian sebanyak RM52 bilion hanya kepada 1MDB sahaja, manakala bagi skandal lain sebanyak RM50 bilion kerugian.


“Sebanyak RM50 bilion lagi berkaitan dengan skandal seperti Tabung Haji dan juga Felda, sememangnya kerajaan ingin berbelanja dengan lebih banyak lagi bagi menyokong pertumbuhan ekonomi tetapi isu ‘legasi’ 1MDB ini perlu ditangani dulu.


“Tiada satu negara sekalipun mampu hilang RM150 bilion tanpa menjejaskan keadaan fiskalnya. Saya yakin dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang ini, kita akan dapat perbaiki semua ini bagi menyokong ke arah Malaysia yang lebih hebat lagi,” katanya.


GUAN Eng berucap pada Majlis Konsultasi Belanjawan 2020 di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Foto Bernama

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Konsultasi Belanjawan 2020 bertemakan ‘Kemakmuran Bersama: Menjana Pertumbuhan Inklusif Yang Berkualiti ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi’ di Kementerian beliau di sini hari ini.


Lebih 300 buah organisasi dari sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai majlis yang merupakan platform untuk memberi pandangan mengenai belanjawan itu.


Pembentangan Belanjawan 2020 dijangka dibentangkan di Parlimen pada 11 Oktober ini.


Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Bagan itu memberitahu, kerajaan telah berjaya merendahkan nisbah hutang dan liabiliti daripada 79.3 peratus KDNK pada 2017 kepada 75.4 peratus pada tahun lalu.


“Pengurangan ini disumbangkan oleh pengurusan perbelanjaan dan hutang lebih cekap, penjimatan melalui pelbagai projek awam serta pertumbuhan ekonomi lebih sihat,” ujarnya.


The post Negara tidak akan bankrap, diurus dengan baik – Guan Eng appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop