Expired : 18.06.18

Netizen desak ‘budak Twitter’ hina Permaisuri Agong dicekup

MEDIA sosial semalam dikejutkan dengan tindakan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang secara tiba-tiba menyahaktifkan akaun media sosial baginda.


Tindakan Tunku Azizah itu menimbulkan persoalan para pengikutnya yang tertanya-tanya mengenai punca Seri Paduka berbuat demikian walaupun sangat dikenali sebagai pengguna Twitter yang aktif dan mesra.





Namun, beberapa pemilik akaun media sosial berkongsi tangkap layar memaparkan komen serta ciapan beberapa pengguna Twitter yang bersikap biadab dengan melontarkan komentar berbaur penghinaan terhadap baginda serta institusi raja.


Komen serta ciapan yang dianggap melampau itu dikaitkan dengan punca Tunku Azizah menyahaktifkan akaun Twitter baginda.


Semakan NMP mendapati, terdapat ciapan yang dilemparkan pemilik akaun terbabit melemparkan kata-kata nista termasuk menyamakan institusi raja dengan penyembahan berhala.





Pendedahan itu mendapat kritikan netizen yuang menganggap komen-komen liar berkenaan sebagai biadab dan mendesak pihak berkuasa memburu dan mengambil tindakan ke atas mereka.


“Ini sangat menyedihkan. ‘Budak-budak Twitter’ ini hilang rasa hormat kepada baginda (Tunku Azizah) dan keseluruhan institusi raja. Cari orang-orang ini, mereka ini boleh jadi perosak bangsa,” komen seorang pengguna Facebook, Nor Syakila Rastam.


Muhammad Hariz pula berkomentar: “Bila diri terasa dia sahaja yang betul. Sampai hilang rasa hormat. Itu (Permaisuri) Agong, bukan jiran kita yang kita suka-suka ketuk pintu rumah dia. Jiran sekali pun kita perlu hormat, apatah lagi Agong.”



Kemarahan netizen tanpa mengira kaum dan agama lebih terserlah apabila ada antara mereka yang membuat tangkap layar dan berkongsi gambar pemilik-pemilik akaun Twitter terbabit di akaun masing-masing dan di ruangan komen.


Rata-rata mereka meminta supaya pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera bertindak supaya kelakuan biadab sedemikian tidak menjadi ikutan anak muda.



Kecaman netizen menyebabkan terdapat pemilik akaun terbabit bertindak menyahktif atau membuat tetapan ‘private‘ pada akaun masing-masing bagi mengelakkan ‘serangan’ netizen. – NMP


 


 


 


The post Netizen desak ‘budak Twitter’ hina Permaisuri Agong dicekup appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop