v Netizen Hairan Anak Setiap Hari Berbaju Raya, Ini Penjelasan Almy Nadia
Expired : 18.06.18

Netizen Hairan Anak Setiap Hari Berbaju Raya, Ini Penjelasan Almy Nadia

Raya kan sebulan, jadi apa nak hairan kalau setiap hari mengenakan busana hari raya kan? Mungkin kita hanya biasa mempunyai antara tiga hingga ke empat pasang pakaian sempena hari raya tapi lain pula bagi artis cantik, Datin Almy Nadia yang juga isteri kepada Fizz Fairuz ini.

Ragam keluarga besar ini ternyata menarik perhatian netizen apabila anak-anaknya sering dilihat mengenakan baju tradisional hari raya walaupun sudah lebih dua minggu Syawal diraikan.

Menurut Almy, ada warganet yang bertanyakan adakah anak-anaknya mempunyai banyak persalinan seperti satu hari satu pakaian misalnya. Dia mengakui bahawa kesemua anaknya telah diajar untuk menggayakan baju raya pada bulan Syawal.

“Hat pakat dok tanya banyaknya baju depa..ada 30 pasang kah? Meh mama jelaskan sat na..”

 

View this post on Instagram

 

Syawal 16 selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin semua..hat pakat dok tanya banyaknya baju depa ?? ada 30 pasang ka ??.. meh mama explain sat na.. mcm ni depa ni di asuh hari raya pakai baju raya,hari biasa pakai baju biasa,bgn ja depa sendiri mau pakai baju raya,lps tu tips dia,mama depa suka beli baju anak2 1 size besaq sikit ya la anak2 kan cepat besaq,bila beli hat besaq buleh pakat lama,jd anak2 kami sejenis bnyk baju lama2. Hahahhaha pusing kat situ ja la senang janji kita mak mak ni kena la semarakkan hari raya kat anak2.. sbb anak2 belum nak buleh nak msk kedai ka p mall blm buleh lagi,sbb mama depa ada perasaan not comfortable lagi utk dlm keadaan la ni wlpn leh dah p jalan2 leh dah p mana2 pun,tp mama depa penakut sikit sbb ya laa,nak mai sakit tu mai jugak,tp mama depa nak beranak pun susah kat depa,baik la berjaga2 berhati2 dulu hahahahah.. nampak beletiaq panjang pagi2 buta ni.. tau tau sat g kena kecam sbb boh caption panjang2.tapi ni lah kami hampa semua..?????? jadi pls plss stay save hampa semua.. igt naa hidup mau positif,hati jangan busuk,muka mau manih lawa ka tak lawa ka kena manih toksah nak dok com tak tentu pasai,sbb hampa dok com tu lah dok bg org tambah dosa dok mengata kat hampa,ngan hampa2 skali tambah dosa naa,, jadi hidup mau rileks,hidup mau positif tau semua.. maaf mama depa terbeletiaq pagi3 ni ampunn hahahahah #taksukajgnpollownaa

A post shared by @ almynadiaofficial on

“Macam ni, depa ni diasuh hari raya pakai baju raya, hari biasa pakai baju biasa. Bangun je depa sendiri pakai baju raya.”

Penjelasan itu dibuat melalui sebuah entri di laman Instagram beliau baru-baru ini. Menurutnya lagi, baju-baju yang dipakai anak-anaknya itu bukanlah semua dibeli baru, kebanyakan daripadanya adalah baju lama yang dibelinya suatu ketika dahulu.

Tambahnya, dengan meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan cara sebegitu, dapat juga satu keluarga merasai kemeriahan lebaran biarpun hanya dapat duduk di rumah sahaja.

Mengimbas kembali. Datin Almy Nadia telah bernikah dengan Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014 yang lalu dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, dan Nur Afrina Ayra yang kini berusia 1 tahun.

Pasangan ini juga turut mengambil seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11 tahun.

Sumber: Astro Gempak