Expired : 18.06.18

Netizen sokong Najib kritik Teresa Kok


Oleh Athirah Huda Zalhe


BANGI, 20 Rabiulawal 1440H, Rabu – Kenyataan Menteri Industri Utama, Teresa Kok di Dewan Rakyat semalam, yang mencadangkan penoreh getah menoreh pada musim tengkujuh dan menggalakkan ekonomi campuran, menjadi perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Beliau dalam kenyataan di Facebook hari ini mengkritik cadangan Teresa Kok, yang disifatkan tidak pernah melalui dan memahami keadaan sebenar penoreh getah.


“Mungkin YB Teresa Kok tidak pernah menoreh getah atau faham proses ini. Oleh itu, beliau memberi cadangan seperti berikut.


“Musim tengkujuh bukan bermaksud penoreh getah ingin ambil kesempatan untuk cuti akhir tahun,” katanya.


Status Anggota Parlimen Pekan itu menerima lebih 3,000 tanda suka, 380 perkongsian dan 407 komen daripada pengguna Facebook.


Rata-rata netizen menyokong kenyataan Najib, sekali gus tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu memotong elaun musim tengkujuh kepada penoreh getah.


“Realiti hidup. Kebanyakan penoreh getah hanya boleh menoreh enam hingga tujuh bulan setahun dah tolak hujan, musim tengkujuh. Dengan harga getah sekarang, menteri-menteri sekalian fahamlah,” tulis Khairulazmi Shukri.


“Time hujan musim tengkujuh dia suruh menoreh. Tak pernah tahu kesusahan hidup orang lain, gaji dah berpuluh ribu kan? Yang dia ambil berat hanya tulisan jawi dan tulisan cina pada papan tanda,” kata MoFaz AJ.


Mohamad Faizal B Khalid pula berkata, menteri sepatutnya merasai sendiri pengalaman penoreh getah, sebelum memberikan sebarang cadangan.


“Tak ramai orang memahami jerit perih golongan ini. Yang peliknya, hanya suka menimbulkan isu dan bukannya mahu bantu rakyat,” tulis Mohd Fauzi Abd Khadzer.


Semalam, Teresa ketika menjawab di Dewan Rakyat berkata kerajaan mahu penoreh keluar menoreh ketika musim tengkujuh.


“Kita nak menggalakkan penoreh ini walaupun pada musim tengkujuh, mereka masih keluar untuk menoreh getah supaya mereka boleh dapat pendapatan,” katanya.


The post Netizen sokong Najib kritik Teresa Kok appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop