Expired : 18.06.18

Netizen Terpegun Dengan Skil Pemandu Myvi Ini Untuk Elak Bayar Tol

Selepas beberapa kejadian tailgating di mana pemandu kereta cuba untuk melarikan diri dari membayar tol, kini, pemandu kereta Myvi ini menunjukkan helah baru untuk mengelak dari membayar tol.


Baru-baru ini tular pula sebuah video di laman Facebook We are Malaysians, menunjukkan sebuah kereta Myvi berwarna hitam dengan tenang berlalu pergi tanpa membayar tol.



Menerusi video tersebut, dapat dilihat kereta Myvi itu bergerak ke bahagian kiri jalan lalu melepasi ruangan yang terdapat di antara boom gate dan penghadang tol lorong berkenaan. Difahamkan insiden dirakam di Plaza Tol Subang, memasuki Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).


Video tersebut telah menarik perhatian ramai netizen. Rata-rata netizen mengecam tindakkan pemandu tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab. 



Ada juga yang berjenaka dengan memberi komen bahawa ingin membeli model kereta tersebut supaya dapat melakukan perkara yang sama.




Buat pemandu di luar sana, jangan cuba lakukan perbuatan seperti pemandu Myvi ini. Anda mungkin terlepas untuk membayar tol, tetapi hukuman yang bakal diterima mungkin berlipat kali ganda dari kadar bayaran tol tersebut.


Terdahulu, viral sebuah video kemalangan yang melibatkan kereta pelumba negara dilanggar di bahagian belakang gara-gara seorang pemandu kereta Honda Jazz yang cuba mengelak dari membayar tol. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.



Elak Bayar Tol, Netizen Cari Honda Jazz Langgar Kereta Pelumba Negara





Tutup Semua Lorong Tambah Nilai Touch ‘n Go, Netizen Tampil Luah Perasaan





Lorong Tol Tambah Nilai Touch ‘n Go Bakal Dihentikan Bermula 5 November




Norlida Ishak Shop