Expired : 18.06.18

Nga cuba pertahan kenyataan rasis Guan Eng isu UMNO-PAS


BANGI, 2 Rejab 1440H, Sabtu – “Nga Kor Ming kata UMNO-PAS akan wujudkan pemerintahan ala Taliban. Huh penaja ‘permainan mahjong atas langit’ ni tengah koyak agaknya, cuba ‘back up’ ucapan rasis bos DAP dia,” seloroh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.


Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak itu semalam, yang menyifatkan gabungan PAS dan UMNO akan menjadikan Malaysia seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti membentuk kerajaan.


Kor Ming dipercayai berkata demikian bagi mempertahankan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan kerjasama dua parti itu merupakan pengisytiharan perang kepada bukan Melayu.


Bagaimanapun, kenyataan itu ditarik semula dan dipinda kepada “Lim beri amaran kerjasama UMNO-Pas akan menyasarkan bukan Melayu”.


Bahkan, lebih menarik lagi, apabila Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau mesra dengan panggilan Mat Sabu dilaporkan mempertahankan kenyataan Guan Eng dengan mengatakan bahawa perkataan ‘perisytiharan perang’ itu mungkin merujuk kepada perang politik.


Susulan itu, Nik Mohamad Abduh menyindir PAN dengan mengatakan parti itu menjadi penasihat DAP.


“Dengar tu PAN akan nasihat abang DAP, ‘Pecahkan kesatuan umat Islam, nescaya majulah Islam Rahmatan-mu di bumi Malaysia’,” katanya.


Sementara itu, Naib Presiden Berjasa, Ustaz Haji Mohd Hazizi Ab Rahman menggesa Nga meletak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat kerana turut ‘berperang’ dengan blok pembangkang.


“Dia menggelarkan blok pembangkang PAS dan UMNO sebagai kumpulan teroris Taliban, sedangkan blok pembangkang berada di Parlimen Malaysia atas mandat rakyat.


“Nga Kor Ming menunjukkan sikap ekstremis sebenar dirinya, sebagaimana sikap ekstremis yang ditunjukkan oleh menteri kewangan baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.


Rakyat lagi takut dengan pemerintahan ala komunis China berbanding Taliban


The post Nga cuba pertahan kenyataan rasis Guan Eng isu UMNO-PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop