Expired : 18.06.18

Ngerinya...

SEORANG lelaki dan seorang wanita ditemui mati di dalam sebuah kediaman di Jalan Kampung Tali Air, Kuala Langat, petang semalam.


Difahamkan, pasangan itu dipercayai warga asing iaitu lelaki berasal dari India atau Bangladesh manakala wanita terbabit dari Indonesia.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, dalam kejadian 5.20 petang itu, mayat lelaki itu ditemui tergantung di hadapan pintu bilik dan wanita itu terbaring di atas tilam dengan berlumuran darah.


Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas mangsa wanita mendapati terdapat kesan luka hentakan di bahagian dahi dan pipi dipercayai dipukul dengan batang besi.


“Ini berdasarkan penemuan sebatang besi sepanjang satu meter yang terdapat kesan darah berhampiran mayat, selain itu terdapat kesan jerutan di leher mangsa wanita itu.


“Pemeriksaan mendapati kedua-duanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dipercayai warga asing.


“Kedua-duanya dipercayai berusia 40an dan tiada kesan BCG pada lengan mereka manakala pemeriksaan di sekitar rumah dapati tiada kesan pecah dan pintu depan rumah dikunci dari dalam,” katanya.


Azizan berkata, status hubungan lelaki dan wanita berkenaan masih dalam siasatan polis.


Beliau berkata, kejadian disedari pemilik rumah terbabit yang datang ke kediaman itu petang tadi dan mangsa lelaki menyewa rumah itu sejak sebulan lalu.


“Siasatan mengenai motif kejadian sedang dijalankan dan mayat dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.


Norlida Ishak Shop