Expired : 18.06.18

NGO serah bantahan ICERD

KUALA LUMPUR, 22 Safar 1440H, Rabu – Beberapa gabungan badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan untuk menyerahkan memorandum bantahan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di hadapan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.


Kumpulan yang terdiri daripada kira-kira sembilan NGO itu mengadakan perhimpunan, di sini tepat jam 11 pagi tadi.


Antara NGO yang terbabit adalah Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Pertubuhan Muafakat, Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Haluan dan Kongres Rakyat.


Beberapa wakil NGO ketika ini diberi kebenaran untuk menghantar memorandum kepada wakil Pejabat Perdana Menteri di dalam bangunan Parlimen.


Sementara itu, turut kelihatan peserta perhimpunan memegang sepanduk dengan tulisan ‘Jangan Gadaikan Kedaulatan Negara’, ‘Ahli Parlimen Islam Jangan Jadi Barua Musuh’ dan ‘Pertahankan Perlembagaan Negara.


The post NGO serah bantahan ICERD appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop