Expired : 18.06.18

Nik Azman Ketua Audit Negara baharu


BANGI, 1 Rejab 1440H, Jumaat – Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 22 Februari lalu.


Mengumumkan perkara itu, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar dalam satu kenyataan berkata, pelantikan berkenaan untuk tempoh dua tahun mulai 23 Februari 2019 hingga 22 Februari 2021.


Nik Azman berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Gunaan dari Universiti Malaya dan Sarjana Ekonomi dari University of Nebraska, Amerika Syarikat.


Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Unit Perancang Ekonomi, Bank Dunia Washington D.C, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri.


Menerusi kenyataan sama, Dr Ismail berkata, bagi pihak kerajaan juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Dr Madinah di atas khidmat bakti sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Audit Negara.


Katanya, ia termasuk dalam usaha-usaha beliau mentransformasi dan menstrukturkan semula sistem pengauditan serta mengukuhkan sistem pengurusan kewangan kerajaan.


The post Nik Azman Ketua Audit Negara baharu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop