Expired : 18.06.18

Nik Nazmi sahut cadangan bendung pembaziran makanan

Anggota Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menyahut seruan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah agar pembaziran makanan dibendung menerusi penggubalan akta untuk mengekang amalan tersebut.


Beliau yakin kos sara hidup dapat dikurangkan sekiranya orang ramai tidak lagi membazirkan makanan.


“Sebab itu kerajaan kini bercadang mewujudkan Akta Pembaziran Makanan  dalam usaha kerajaan menangani isu pembaziran makanan yang berleluasa di negara ini. 


“Malah denda juga akan dikenakan kepada pelanggan di hotel dan restoran yang membazirkan makanan.


“Sekiranya pembaziran makanan dapat dikurangkan secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.


Dr Wan Azizah sebelum ini mengutarakan idea akta pembaziran makanan untuk membendung amalan tersebut selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memulakan inisiatif bank makanan.


Bank makanan mengumpulkan lebihan makanan seperti roti, sayur dan buah-buahan untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.


Norlida Ishak Shop