Expired : 18.06.18

Nike Hadir Dengan Perkhidmatan Langganan Kasut Kanak-Kanak – Berharga Sekitar RM84 Sebulan

Menurut kajian American Orthopaedic Foot & Ankle Society, kanak-kanak berumur sekitar 3 tahun saiz kaki akan meningkat setiap empat hingga enam bulan. Untuk bayi berumur bawah 16 bulan saiz kaki akan membesar 1 1/2 saiz setiap dua bulan. Kemudian dari 16 bulan sehingga umur 24 bulan, saiz akan meningkat 1 1/2 setiap tiga bulan dan kemudian umur 24-36 bulan akan saiz akan meningkat setiap empat bulan. Perkara ini akan mendatangkan masalah kepada ibu bapa untuk membeli kasut buat anak-anak mereka.



Untuk menyelesaikan masalah ini, Nike hadir dengan satu perkhidmatan langganan kasut khusus untuk kanak-kanak. Perkhidmatan ini dinamakan sebagai Nike Adventure Club. Langganan ini sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai anak berusia dari 2 tahun sehingga 10 tahun, yang mana Nike akan menghantar empat hingga 12 pasang kasut setahun mengikut langganan yang dilanggan oleh ibu bapa. Dengan saiz kaki anak-anak kecil yang berubah-ubah dengan pantas, melanggan perkhidmatan seperti ini adalah amat mudah dan rekaan kasut yang ditawarkan pula adalah melebihi 100 rekaan berbeza.



Kasut yang dilanggan akan hadir bersama-sama dengan aktiviti menarik yang boleh dimainkan bersama-sama antara anak dan ibu bapa. Kemudian kasut yang sudah ‘tamat tempoh’, pihak Nike akan kitar semula sendiri kasut tersebut melalui program Nike Grind. Untuk kasut yang salah saiz, Nike akan menghantar saiz baharu dengan percuma sahaja. Harga langganan adalah $20 sebulan (setahun 4 pasang kasut akan diterima), $30 sebulan (6 pasang kasut setahun) dan $50 sebulan (setiap bulan sepasang selama setahun).



Pakej langganan turut boleh diubah-ubah mengikut citarasa ibu bapa, sama ada ingin naik taraf atau turun taraf. Langganan ini masih lagi dalam ujian dan hanya yang terpilih sahaja akan menerimanya. Langganan ini secara tidak langsung memudahkan ibu bapa dan juga menjimatkan wang.


Norlida Ishak Shop