Expired : 18.06.18

Nokia 6.1 Mula Menerima Kemaskini Android Pie

Sistem operasi terkini membawakan pelbagai fungsi baharu. Android Pie misalnya menyokong navigasi berasaskan gesture yang pada hemat kami menjadikan peranti lebih pantas digunakan. Nokia 6.1 kini sudah mula menerima kemaskini Android Pie seperti yang dijanjikan oleh Nokia pada awal bulan ini.


Saiz fail yang perlu dimuat turun adalah sekitar 1.5 Gigabyte. Peranti kini menyokong sistem Adaptive Battery dan boleh memuat turun Digital Wellbeing yang boleh membantu mengurangkan ketagihan digital. Nokia 6.1 Plus ialah peranti yang seterusnya akan menerima kemaskini.


Nokia mungkin bukan lagi lima pengeluar telefon pintar di dunia tetapi komitmen mereka kepada memberikan kemaskini sistem operasi yang pantas harus diberikan pujian.


Norlida Ishak Shop