Expired : 18.06.18

Noraini Pengerusi PAC baharu


BANGI, 5 Syaaban 1440H, Khamis – Ahli Parlimen Parit Sulong daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Noraini Ahmad, dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baharu.


Beliau menggantikan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang merupakan Pengerusi PAC sebelum ini.


Media melaporkan, Ketua Wanita UMNO itu dilantik selepas usul berkenaan diluluskan tanpa bahas di Dewan Rakyat hari ini.


Isu Pengerusi PAC menjadi hangat apabila Ronald yang sebelum ini anggota UMNO Sabah, bertindak keluar daripada parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama enam lagi wakil rakyat UMNO Sabah tahun lalu.


Ronald yang mempertahankan kerusi Parlimen Beluran sejak lima penggal atas tiket UMNO, dipilih sebagai Pengerusi PAC Parlimen buat pertama kali daripada blok pembangkang, berikutan janji manifesto PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menetapkan Pengerusi PAC Parlimen mesti dipilih dalam kalangan Anggota Parlimen pembangkang.


“Kita telah berjanji anggota pembangkang (dilantik) sebagai Pengerusi PAC, tetapi apabila Kiandee tinggalkan UMNO, kita tidak ada calon, jadi dia teruskan pada waktu itu,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.


The post Noraini Pengerusi PAC baharu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop