Expired : 18.06.18

Noraini Pengerusi PAC, Panggil Tommy Dan Mohd Shukri Beri Keterangan

KUALA LUMPUR 11 April – Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad

dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), hari ini.


Dalam sidang media di Parlimen beliau memaklumkan, Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull akan memberi keterangan kepada PAC, bulan ini.



“Kedua-dua individu itu akan memberi penjelasan mengenai transaksi penjualan tanah milik kerajaan, di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


“Pada 23 April ini, kita akan meneruskan prosiding siasatan jualan tanah DBKL, Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM bersetuju untuk tampil memberi keterangan,” katanya.


Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO telah dipilih sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut pada sesi sidang Dewan Rakyat, hari ini menggantikan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. – MediaUMNO


Norlida Ishak Shop