Expired : 18.06.18

Noraini sindir Mujahid usah 'berkanda dinda’, forum buka tudung ‘apa cerita’?

Datuk Noraini Ahmad mendesak Datuk Seri Mujahid Yusof berpendirian tegas dalam isu forum berkaitan buka tudung. — Foto oleh Mukhriz Hazim
Datuk Noraini Ahmad mendesak Datuk Seri Mujahid Yusof berpendirian tegas dalam isu forum berkaitan buka tudung. — Foto oleh Mukhriz Hazim

KUALA LUMPUR, 20 April — Wanita Umno mempersoal Datuk Seri Mujahid Yusof yang disifatkannya tidak mengambil tindakan tegas terhadap penganjuran forum “Wanita Melayu dan Buka Tudung” baru-baru ini.


Menganggap programme itu mencetuskan provokasi, ketuanya tertanya-tanya “apa cerita” berikutan sehingga kini tiada tindakan dibuat menteri hal ehwal agama.


“Sekadar beri kenyataan ‘ambil serius’ saja tidak mencukupi jika tiada sebarang tindakan,” kata Datuk Noraini Ahmad di Facebook semalam.


“Kita semua berharap agar menteri agama berpendirian tegas bila isu-isu sebegini timbul. Bukannya berkanda adinda saja,” katanya yang mengungkit kontroversi surat terbuka menteri itu kepada ahli parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar beberapa bulan lalu. 


Wakil rakyat Paris Sulong yang menganggap Mujahid memandang “remeh” isu itu menegaskan forum tersebut tidak patut diadakan kerana boleh memberi kesan buruk dan kekeliruan kepada golongan bukan Islam.


Malah, pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata acara berkenaan turut memberi impak bagi individu yang ingin ‘berhijrah’ untuk bertudung.


Pada 15 April lalu, Mujahid mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat forum di pejabat Gerak Budaya di Petaling Jaya selepas pelancaran buku Unveiling Choice karya Maryam Lee.


Norlida Ishak Shop