Expired : 18.06.18

Normah Damanhuri Buat Permohonan Maaf di IG Kerana Salah Yang Anaknya Lakukan. Ini Reaksi Anak-Anak Bila Lihat Video

Sejak dua hari lalu, kecoh di kalangan netizen selepas viral rakaman video tarian dan pakaian penari yang mencolok mata di dalam majlis persandingan anak pelakon senior Normah Damanhuri.
Lantas majlis resepsi melibatkan Ahyo Rosli yang juga merupakan seorang pelakon dan model bersama isteri mendapat kritikan pengguna media sosial.
Rata-ratanya memberi pendapat kesal terhadap perkara tersebut. Lalu, awal malam tadi, Normah menerusi Instagram telah berkongsi video pendek menyatakan rasa maaf buat semua peminat atas khilaf yang telah berlaku.
“Assalamualaikum.. saya Normah Damanhuri menyusun sepuluh jari ingin memohon jutaan maaf diatas kekhilafan tentang majlis perkahwinan anakanda saya Ahya dan shahirah.
“Saya bagi pihak seluruh keluarga sekali lagi memohon maaf.. akan berhati2 selepas ini..dan ia nya tak akan berulang lagi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Lalu, entri tersebut menerima ribuan komen pelbagai netizen. Mahal, Ahya dan kakaknya yang sinonim disapa Kak KM dilihat turut meninggalkan komen terhadap video berkenaan.

Setiap orang berhak memberikan pendapat kan? Apa pun, diharapkan apa yang berlaku sebagai pengajaran buat kita semua.
Sementara itu, dalam ramai yang mengkritik, ada juga yang memuji tindakan pelakon veteran itu yang tampil secara profesional memohon maaf secara terbuka.
Artikel berkaitan…
“Persembahan itu hanya hiburan” – Ahya menghina adat melayu dengan saji tarian tak senonoh di majlis resepsi
PELAKON dan model Ahya Rosli menjelaskan dia tidak kisah dengan kritikan netizen mengenai majlis persandingannya yang menjemput penari separuh b0g*l.
Ahya, 32, berkata persembahan itu hanya hiburan untuk tetamu yang hadir dan dia berhak melakukan apa sahaja memandangkan ia adalah majlis perkahwinannya.
“Saya tak kisah pun apa orang nak kata mengenai majlis persandingan saya. Persembahan itu pun sekadar hiburan sahaja untuk tetamu yang hadir.
“Lagipun suka hati saya la nak panggil siapa buat persembahan. Itu kan majlis perkahwinan saya dan saya yang keluar duit bukan netizen.
Video penari di resepsi Ahya menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.
“Bagi saya, mereka yang komen dan kritik tu tak ada kerja, nak ganggu kehidupan orang lain,” kata Ahya kepada mStar Online pada Ahad.
Ahya diminta mengulas mengenai video persembahan seorang lelaki menyerupai wanita menari semasa majls resepsinya berlangsung.
Video yang dimuat naik kakak kepada Ahya iaitu Liana Rosli atau popular dengan panggilan Kak KM di Instastorynya menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.
Rata-ratanya mempersoalkan tindakan Ahya menjemput penari tersebut yang tidak sesuai untuk majlis perkahwinan.
Ahya dan isteri berkahwin pada 29 Mac lalu.
Dalam pada itu, Ahya memberitahu kebanyakkan netizen yang komen dan kritikan itu menggunakan akaun palsu dan berkemungkinan mereka antara orang terdekatnya.
“Sebenarnya benda ni agak kelakar juga sebab kalau ikutkan tak ada apa isu pun. Tapi netizen yang nak perbesarkan.
“Kebanyakkan mereka komen tu menggunakan akaun palsu. Mungkinn sebenarnya orang terdekat kita yang dengki, guna akaun palsu untuk komen macam tu,” ujarnya.
Anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini berkahwin dengan wanita pilihannya Shahirah Sanusi pada 29 Mac lalu di Bukit Kiara Equestrian.

Norlida Ishak Shop