Expired : 18.06.18

Nur Qisya Afrina Tokoh Murid PASTI Kangar

Oleh: Muhammad Hadi



KANGAR : Adik Nur Qisya Afrina bt. Salman Faris daripada PASTI As Solehin 2 telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid PASTI Kawasan Kangar sempena Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Kawasan Kangar 2018 yang berlangsung pada pagi tadi.


Turut naik ke pentas menerima anugerah adalah adik Muhammad Abid Dubeis Abdul Muhaimin daripada PASTI Smart Aulad Masmuda dan adik Nur Eisya Sofiya Jeffry, murid PASTI Bestari Tarbiyatul Atfal, Jejawi Dalam.


Masing-masing menerima Anugerah Murid Cemerlang PASTI Kawasan Kangar untuk Kategori 5 Tahun dan 6 Tahun.


Mereka merupakan sebahagian daripada 237 orang murid PASTI seluruh kawasan Kangar yang telah terpilih menerima hadiah pada kali ini.


Majlis penyampaian hadiah telah diadakan dalam tiga sidang bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Kangar.


The post Nur Qisya Afrina Tokoh Murid PASTI Kangar appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop