Expired : 18.06.18

One Sofazr Maklum Isteri Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Tahniah!

Pemain drum kumpulan Sofazr, Wan Shah Baharom Niktah atau lebih sinonim dipanggil One memaklumkan, isterinya, Ainul Shariza Muhtar telah selamat bersalin bayi lelaki kira-kira jam 7.31 petang tadi.


Perkhabarkan tersebut dikongikan pemuzik itu menerusi Instagram miliknya awal malam tadi.


Bayi yang belum diberikan nama itu dilahirkan secara normal di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.






“Alhamdulillah syukur alhamdulillah.. isteri saya selamat melahirkan (secara normal) seorang bayi lelaki seberat 2.74kg pada jam 7:31pm tadi.


“Terima kasih pada yang mendoakan mereka tadi. Selamat datang Wan Shah Hazard… ok nama tu tipu.. belum ada bagi lagi nama dia hehehehe.. #ainonelegacy,” tulisnya.




Menjengah ke ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti mengucapkan tahniah diatas kurnian rezeki zuriat buat pasangan berkenaan.


Foto: Instagram One Sofazr


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop