Expired : 18.06.18

OnePlus 6 Dengan 8GB RAM Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1999

OnePlus 6 merupakan salah satu telefon mercu yang telah dilancarkan pihak OnePlus pada tahun 2018 lepas. Kini, ia dilihat pihak OnePlus telah pun mula menawarkan diskaun untuk OnePlus 6 versi 8GB RAM, membolehkan pengguna mendapatkan ia pada harga RM1999.


OnePlus 6


OnePlus 6 hadir dengan skrin 6.28-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM dan storan 128GB. Ia menggunakan dwi-kamera 16MP + 20MP dibelakang, selain kamera swafoto 16-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri 3300mAh.


Telefon pintar ini turut mempunyai sokongan bicu audio 3.5mm – sesuatu yang tiada pada OnePlus 6T. Ia turut dijana sistem operasi Oxygen OS yang menawarkan pengalaman penggunaan Android seumpama versi asli, selain menawarkan kemaskini yang sedikit pantas berbanding pengeluar lain di pasaran.


Bagi anda yang berminat dengan peranti ini, boleh mendapatkannya hari ini pada harga diskaun RM1999.



Beli : OnePlus 6


Norlida Ishak Shop