Expired : 18.06.18

OnePlus 7 Pro Menerima Potongan Harga Di Malaysia

OnePlus 7 Pro telah pun dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei 2019 lepas. Kini, bersempena dengan bulan kemerdekaan, pihak pengedar OnePlus di Malaysia telah mula menawarkan potongan harga kepada beberapa model, sekaligus membolehkan pengguna mendapatkannya pada harga lebih rendah.


OnePlus 7 Pro Harga Baru


Model asas OnePlus 7 Pro masih ditawarkan pada harga biasa, iaitu RM2999 untuk versi 6GB RAM dan 128GB storan.


Versi 8GB RAM dan 256GB storan yang dulunya dijual pada harga RM3699 pula kini ditawarkan pada harga RM3399. Berkemungkinan pihak OnePlus tidak ingin bersaing dengan pihak Samsung pada tanda harga berkenaa. Samsung baru-baru ini telah pun melancarkan Galaxy Note10 pada harga RM3699 di Malaysia.



Selain itu, versi 12GB RAM dan 256GB storan turut menerima potongan harga daripada RM4199 kepada harga baru iaitu RM3799.


Pada masa yang sama, pihak OnePlus turut menawarkan OnePlus 6T pada harga bermula RM2159 di Malaysia.


Untuk anda yang berhasrat dapatkan OnePlus 7 Pro, mungkin boleh menyemak penawaran yang disediakan pihak OnePlus Malaysia bersempena bulan kemerdekaan ini.


Norlida Ishak Shop