Expired : 18.06.18

OnePlus Akan Mengeluarkan Peranti Pertama Dengan Cip Snapdragon 855

Tahun demi tahun, biasanya cip terkini Qualcomm akan digunakan oleh pengeluar utama seperti Samsung. Tahun ini sebaliknya berlaku selepas OnePlus mengumumkan mereka peranti pertama dengan cip ini bakal dikeluarkan oleh mereka pada tahun 2019. Pengumuman dilakukan ketika acara Snapdragon Summit sebentar tadi.


Ini membuka spekulasi bahawa peranti OnePlus edisi McLaren yang diacah sejak beberapa hari yang lalu akan dilengkapi Snapdragon 855. Snapdragon 855 ialah cip terkini dan terpantas menggunakan teknologi 7nm. Dengan lapan teras Kryo 485 terkini serta GPU Adreno 640. Kepantasan cip terkini ini mencecah 45% berbanding Snapdragon 845.


Ia turut menyokong rangkaian 5G yang akan dilancarkan di United Kingdom tahun hadapan. Ini menguatkan lagi kebarangkalian OnePlus McLaren kelak ialah peranti pertama dunia dengan Snapdragon 855. Semua bakal terjawab pada pelancarannya 11 Disember kelak.



Welcome to the stage, @petelau2007. The Founder and CEO of @OnePlus shares how the company is able to reach markets outside of China thanks to its collaboration with @Qualcomm. #SnapdragonSummit pic.twitter.com/a4JhzAFOHw


— Qualcomm (@Qualcomm) 5 December 2018


>/center>


Norlida Ishak Shop