Expired : 18.06.18

Operasi buang lemak polis gendut

MOJOKERTO (Indonesia): Seramai 50 anggota polis gendut di Jawa Timur dikerah menguruskan badan di Akademi Polis Negara (SPN) di Mojokerto selama 12 hari, mulai 15 Julai lalu.


Menurut jurucakap polis daerah Jawa Timur, Komisaris Besar Frans Barung Mangera, semua 50 anggota pelbagai pangkat itu dari balai seluruh Jawa Timur.


Pangkat Komisaris Besar polis Indonesia sama dengan pangkat kolonel dalam tentera negara itu.


“Semua anggota yang mempunyai berat badan berlebihan atau gendut (gemuk) diwajibkan mengikuti program menurunkan berat badan agar mencapai Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang sesuai,” katanya.


Merdeka.com melaporkan, Frans berkata, sepanjang program itu anggota polis terbabit perlu menjalani pelbagai senaman yang mampu membakar lemak, termasuk berlari dengan memakai jaket payung terjun, berkawad, senam aerobik dan renang.


ANGGOTA polis terbabit perlu menjalani pelbagai senaman yang mampu membakar lemak. FOTO Istimewa Merdeka.com



“Sepanjang program sejak 15 hingga 26 Julai itu, pemakanan mereka akan dikawal dengan waktu makan serta menu diatur agar sesuai dengan sasaran menurunkan berat badan mereka,” katanya.


Anggota polis terbabit juga menerima bimbingan psikologi dan kaunseling.


Menurut polis daerah itu, tujuan program itu agar anggota polis memberi perkhidmatan lebih cekap.


“Ia bagi memastikan mereka mampu bertindak serta bergerak pantas kerana berat badan berlebihan akan menyukarkan pergerakan,” katanya.


Norlida Ishak Shop