Expired : 18.06.18

Oppo Enco Q1 Dilancarkan – Set Fon Telingan Nirwayar Dengan Pembatalan Hingar Berharga Sekitar RM352

Hari ini Oppo sudah mengumumkan yang mereka akan lancarkan peranti dengan skrin 90Hz mereka pada bulan Oktober. Peranti ini diberi nama Oppo Reno Ace. Bersama-sama dengan pengumuman ini, Oppo turut melancarkan Oppo Enco Q1 – iaitu sepasang set fon telinga nirwayar jenis neckband dengan pembatalan hingar.



Oppo Enco Q1 hadir dengan teknologi dwi-pembatalan hingar aktif (ANC). Ia juga hadir bersama-sama dengan tiga mod stereo berbeza, bagi memberi pengalaman pendengaran yang lebih imersif. Fon telingan aksesori audio ini adalah jenis dalam telinga dan ia bukan sahaja mempunyai ANC, tetapi juga dengan ENC – iaitu pengurangan bunyi hingar digital bagi melindungi telinga pengguna.



Bateri adalah 160mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 10 minit untuk 2 jam penggunaan. Jangka hayat pendengaran muzik sahaja adalah sehingga 22 jam, 15 jam untuk bertukar-tukar antara matikan dan mendengar muzik dan 300 jam standby. Untuk perlindungan, ia mempunyai IPX4 dan magnet pada fon telinga bagi mengelak wayar berbelit.



Menjadikan Oppo Enco Q1 lebih menarik adalah, ia hadir dengan pembantu digital Breeno dan tambatan pantas seakan Apple AirPods dengan iPhone. Untuk butang kawalan, ia mempunyai butang kuasa, butang aras suara dan juga butang multi-aksi. Harga jualan rasmi adalah RMB599, iaitu sekitar RM352.


Norlida Ishak Shop