Expired : 18.06.18

Oppo Hadir Dengan Oppo Reno Ace Edisi Gundam

Oppo hari ini telah memperkenalkan Oppo Reno Ace, dan bersama-sama dengannya, mereka turut membuat kejutan dengan memperkenalkan Oppo Reno Ace Edisi Gundam. Ia ditawarkan dalam kuantiti terhad, dan turut menyertakan penawaran yang menarik bersama dengannya.


Oppo Reno Ace Gundam


Oppo Reno Ace edisi Gundam ini hadir dengan skrin 6.5-inci yang menawarkan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 855+, memori sehingga 12GB RAM, dan storan 256GB berasaskan UFS 3.0.


Telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan penyejukkan “Dry Ice”, pengecasan pantas SuperVOOC 2.0, dan juga sokongan 4D Vibration.


Selain spesifikasi, edisi Gundam ini turut hadir dengan rekaan eksklusif bersama kerangka yang direkabentuk khusus, dan juga penawaran kandungan khusus bersama pembelian peranti berkenaan.


Buat masa ini, edisi ini hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja.


Norlida Ishak Shop