Expired : 18.06.18

Oppo Mengumumkan Sub-Jenama Baru – Reno

Oppo adalah syarikat di bawah BBK Electronics yang sama dengan Vivo dan OnePlus. Sebelum ini, Oppo telah hadir dengan sub-jenama Realme yang pada awalnya adalah untuk pasaran India. Tetapi, peranti-peranti Realme turut hadir ke pasaran tempatan. Baru-baru ini, Oppo dilihat hadir dengan satu lagi sub-jenama baru – Reno.



Reno dilihat berkemungkinan adalah telefon pintar yang memfokuskan gaya hidup. Ini kerana, logo Reno dilihat ceria dan penuh dengan warna. Reno mungkin juga adalah peranti kelas pertengahan atau kelas permulaan seakan Xiaomi Mi Play. Peranti pertama Reno akan dilancarkan pada 10 April kelak di China dan tiada lagi maklumat mengenai peranti ini seperti rekaan, spesifikasi atau harga.


Jika Reno adalah sub-jenama baru, apakah fokus utamanya? Adakah Reno akan memasuki pasaran tempatan atau khusus untuk pasaran China sahaja? Sama-sama kita nantikan.


Norlida Ishak Shop