Expired : 18.06.18

Oppo Reno Ace Dilancarkan Dengan Bateri 4000 mAh Yang Dicas Dalam Masa 30 Minit

Dua tahun yang lalu jika peranti dapat dicas dalam masa kurang dua jam ia sudah dianggap cukup pantas. Dengan pengguna mendesak inovasi diperkenalkan saban tahun, sistem pengecasan yang lebih pantas kini mula dibangunkan pelbagai pengeluar. Oppo Reno Ace telah dilancarkan hari ini dengan sokongan pengecasan 65W yang mampu mengecas bateri sebesar 4000 mAh dalam masa hanya 30 minit.



Peranti dilengkapi skrin 6.5″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 855+, dilengkapi bateri sehingga 12GB RAM, storan sebesar 256GB UFS 3.0, kamera swafoto 16-Megapixel dan kamera utama 48+13+8+2 Megapixel. Kamera utama menggunakan sistem zum telefoto hibrid 5X, lensa sudut ultra lebar dan kamera hitam putih. Pengimbas cap jari terbina bawah skrin juga turut disertakan.


Sekiranya pengguna tidak mempunyai pengecas 65W, Reno Ace menyokong pengecasan USB-PD 18W. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Android 10 dengan pelancar ColorOS 6.1. Walaupun ia sebuah peranti mercu moden, ia masih dilengkapi sebuah bicu audio 3.5mm. Di China Oppo Reno Ace dijual pada harga  bermula RMB 2,999 (~RM 1764).


Norlida Ishak Shop