Expired : 18.06.18

‘Orang nak berniaga cari duit, kau sibuk dengar Bossku sabotaj berita tak betul’ – Anak jati KL nafi Bazaar Ramadan KL hambar


Apabila tiba bulan Ramadhan, sudah pastinya orang ramai akan berkunjung ke bazar Ramadhan untuk membeli pelbagai juadah yang dijual. Di sini lah, pelbagai tarikan dan keunikan nama makanan dan minuman yang digunakan untuk menambat hati pembeli. 


Ketika bazar-bazar lain dipenuhi dengan orang ramai, Bazaar Ramadhan KL pula dikatakan lengang dengan pengunjung. Situasi ini telah mengundang pelbagai persoalan, adakah faktor lokasi, politik, protes atau sebagainya. 


Namun, apa yang dikongsikan oleh pemuda ini adalah sebaliknya. Ujarnya melalui status di Facebook, dia melihat sendiri suasana di Bazaar Ramadhan KL dan apa yang nyata, di sana, meriah dengan pengunjung.



Bazaar Ramadan KL 2019


Hari ini aku pergi Bazaar Ramadan KL sebab heboh tak dapat sambutan katanya. Peniaga boikot, pengunjung boikot dan Bossku boikot. Sebagai warga KL yang seumur hidup tinggal beralamatkan Kuala Lumpur maka berilah peluang aku menilai.



1) Bazaar yang tersusun, teratur dan selesa.


Jika seumur hidup aku terpaksa teman mak, kawan,  awek dan isteri ke Jalan TAR maka setiap tahun aku terpaksa menahan sabar, rimas dan bosan. Jalan TAR tu tak sesuai langsung jika kau nak bersantai membeli barang. Jika bawak anak kecil ke jalan TAR maknanya kau selfish. 


Konon Bazaar Ramadan KL tahun ni tak meriah, tak akan sampai nak pengsan tak boleh bernafas baru kau nak rasa meriah. Berasak-asak sampai nak bernafas pun susah. 


Tapak baru depan Dataran Merdeka ni lebih bagus. Kedai tersusun, kipas angin, lampu banyak dan paling penting bersih. Jika diletakkan portable air conditioner lagi bagus dan lebih selesa.




2) Parkir Kereta dan Pengangkutan Awam


Bossku kata kena boikot sebab tak ada pengangkutan awam. Anak orang kaya mana reti naik LRT. Benda paling susah Bossku pernah buat dalam hidup adalah kayuh basikal dari Jalan Duta beli Nasi Lemak Tanglin. Kalau zaman dulu ada food panda jangan harap Bossku nak kayuh basikal.


Stesen LRT Masjid Jamek sebelah Dataran Merdeka je. Kalau kau Usain Bolt dalam 10 saat kau berlari dah sampai Dataran Merdeka.


Di bawah Padang Kelab Di Raja Selangor (Padang Dataran Merdeka) ada Parkir Kereta yang banyak dan murah. Jika dahulu di Jalan TAR harga yahudi, sekali masuk parking RM12 – RM15 tapi tadi aku kena RM6 sahaja.


3) Berdekatan Jalan Masjid India & Jalan TAR


Membohong makcik bawang semua kalau pergi Jalan TAR tapi tak singgah Semua House, Jalan Masjid India dan terus ke Jakel Mall. Tapak baru ni dekat je dengan kawasan lama sebenarnya.


Aku sentiasa hormat kekuatan stamina kaum wanita dalam kes tawaf kawasan ni semua. Stamina mereka seperti Anita Sarawak sedang perform di konsert, bak stamina kuda lumba.




4) Kawasan riadah


Padang Kelab Di Raja Selangor (Padang Dataran Merdeka) menjadi kawasan santai dan riadah bagi ibu bapa yang membawa anak kecil.


Sementara si ibu membeli belah, si bapa santai melayan anak di padang sambil bermain dan berlari gembira. Kau tak akan boleh buat macam ni di Jalan TAR. Hilang anak kau nanti.


Ada juga yang berbuka puasa di padang dan kemudiannya bersolat di Masjid Jamek. Lepas solat terus sambung membeli-belah.


5) Tiada Kes Tapak Ali Baba


Sebelum ini harga tapak Bazaar Ramadan KL adalah RM5K – RM15K kerana kes Ali Baba.  Sekarang peniaga hanya perlu bayar RM1K sahaja. Tiada lagi orang tengah berpengaruh ambil kesempatan terhadap peniaga kecil. Jadi marilah kita datang Bazaar Ramadan KL. Support Lokal.



6) Kita support peniaga kecil dan jangan buang sampah merata-rata! Selamat menjalankan ibadah puasa & Selamat Hari Raya!


Yang menjerit Hidup Melayu sila datang sini support peniaga kecil Melayu. Mana ada bangsa lain berniaga dekat sini. Datanglah support Melayu berniaga.


Akhir kata janganlah asyik berpolitik sehingga menyebarkan berita palsu. Orang nak berniaga cari duit lebih tapi kau sibuk dengar Bossku sabotaj berita tak betul.  


Bossku kaya sebab keturunan dia memang kaya raya. Bossku pulak berpangkat Orang Kaya Berempat Pahang. Kau yang miskin pergi je lah membeli belah dekat Bazaar Ramadan KL.


#BazarRamadhanKL


#BazarDataranMerdeka


Norlida Ishak Shop