Expired : 18.06.18

Orang Yang Paling Aku Kesian Dan Risaukan Bila Wedding Ala Jahiliah Tu Ialah Mak Aku

Penulisan dibawah dipetik dari FB Fais Al-Hajari.


Aku tau, status aku ni mungkin berpotensi jd kontroversi. Tak kurang juga mungkin hubungan kekeluargaan aku dgn sedara mara aku jd agak terjejas. Tapi aku terpaksa tulis juga. Kurang² xdelah aku teruk sgt bila disoal kat “sana” nnt.


Rasanya satu Malaya dah havok pasal majlis kenduri kahwin sepupu aku tu. Havok bukan sbb apa – sbb majlis tersebut dijahanamkan dgn tarian ala jahiliah. Aku ditunjuki video² tu byk kali.


Ya, aku hadiri majlis tu. Aku sampai jam 1.30, aku blah jam 2.30. Sejam je aku kat majlis tu, sekadar memenuhi tuntutan meraikan jemputan walimah terutamanya yg berkaitan dgn saudara mara. Padahal sepupu aku sendiri yg kahwin, tapi aku x lepak pun. Sbb aku tau benda² karut gitu akan jd. At least bila aku blah awal, aku x terlibat atau subahat dgn benda² tu.


Aku xnak tulis apa² yg boleh meretakkan hubungan kekeluargaan. Family aku pun ramai yg folo FB aku. Cumanya apa yg boleh aku kata ialah apa jua kebejatan yg korg pernah tag aku dulu berkenaan keluarga mereka, kami pernah je tegur. Pernah je nasihat. Bukan x pernah. But it ultimately proven fruitless. Malah hubungan keluarga kami jd dingin seketika sbb teguran itu. Come on gais.. PU Amin pun kena “belasah” bila dia menegur, apatah lagi aku.


Mereka ni ada suami memasing, ada adik beradik memasing, ada yg lebih direct dgn depa utk menegur dan membimbing depa. Kalau yg lebih aula’ menegur pun ikut tumpang sekaki, mmg org mcm aku have no chance at all la .


So dlm kes depa ni, aku terpaksa ambil pendekatan membenci perbuatan mereka dlm hati aku. Ya, iman aku x sekuat itu utk tegur mereka lebih keras. Situasi aku ni mcm diluah mati bapak, ditelan mati mak, x buat² apa² boleh mati terus. I hv limited choice here.


Ibnu Mas’ud ( r.a ) berkata: “Hampir-hampir orang-orang yang hidup dari kalangan kamu apabila melihat kemungkaran tidak berupaya untuk mencegahnya melainkan Allah SWT mengetahui apa yang ada di dalam hatinya bahawa dia amat benci kepada kemungkaran itu.”


Buat aku, semoga Allah membantu aku membimbing kedua² isteriku serta seluruh anak²ku agar menjadi hamba Allah yg taat, dan semoga aku mampu menyebarkan dakwah menerusi penulisan² aku di FB dan di mana jua. Semoga Allah ampunkan kelemahanku yg x mampu mencegah kemungkaran itu dengan tangan dan lidah buat masa ini.


Oh ye, yg menari sampai nak terkeluar dada belaka tu ialah JANTAN belaka.



Sebetulnya, org yg paling aku kesian dan risaukan bila isu wedding ala jahiliah tu meletup ialah mak aku.


Sudah tentulah, org pertama yg akan di”serang” ialah dia. Bertalu² msg masuk minta penjelasan. X kurang yg melahirkan simpati. X kurang juga yg perli dan maki, seolah² mak aku dan aku sekeluarga “redha” kemungkaran semalam tu berlaku.


Tak kurang juga org ingat Aripah Damanhuri dan Normah Damanhuri itu org yg sama. No! Bukan! They are different, literally and figuratively.


Sebenarnya, kalau dikaji balik rentetan peristiwa semalam, Allah mmg nak pelihara mak aku dan aku sekeluarga drpd bersubahat dgn benda jahanam tu.


Mak aku pada awalnya nak pergi awal ke rumah keluarga pengantin sbb sedara mara semua dah berkumpul, tapi ubah rancangan last minute nak ikut aku je. Aku pulak ada patient pagi tu, habisnya jam 12 lebih jugak. Kami bertolak ke lokasi kenduri pun dah 1 lebih. Lewat. Sampai lokasi jam 1.30 ptg. Bila dah lambat, maka kami duduk belakang² je la, dekat dgn pintu masuk dewan. Pengantinnya nunnn di depan.


Mak aku sebetulnya diminta join makan beradab, tapi terpaksa bangun awal sbb nak lawat anak buah kakak aku yg masuk hospital. Memandangkan kami kat belakang, maka mudahlah kami nak gerak balik.


Kami pun bergerak keluar dewan lebih kurang jam 2.30 mcm tu.


Tiba² masa mak aku tunggu aku bawa kereta jemput dia n isteri² aku, dah kedengaran havok dlm dewan. Rupanya “persembahan” dah bermula. Kami pun cepat² blah.


Allah mmg pelihara kami.


Apa akan jadi jika kami sampai lebih awal, dan duduk di bahagian depan?


Apa akan jadi jika kami x perlu ke hospital dan lepas tu duduk lebih lama di situ sampai berlangsungnya “persembahan” tu?


Apa akan jd jika mak aku x bangun awal dr meja makan beradab, lalu terakamlah wajah mak aku ketika tarian jijik tu berlangsung?


Bila aku kenang balik, sesungguhnya Allah nak pelihara kami. Allah pelihara mak aku drpd aib.


Mak aku mmg sakit kepala sgt. X sepatutnya begitu. Dia membesarkan kami adik beradik seorang diri sejak 30 tahun lepas. Bapak aku mennggal dunia tahun 1989. Sejak itulah dia struggle membesarkan kami adik beradik di samping bekerjaya sebagai pelakon drama. Bukan sikit pengorbanan yg dia buat.


Alhamdulillah, Allah angkat darjat dia. Allah izinkan semua menantunya jenis menutup aurat dan tidak “over”. Allah izinkan satu²nya anak perempuan dia menjadi “gadis pingitan” yang orang tak tahu pun wujud. Org setaman boleh xtau mak aku ada anak dara, punya la kakak aku bukan jenis sosial.


Allah izinkan mak aku berkawan dan mengikuti kuliah² agama terutamanya kuliah Ustzh Norhafizah Musa. In one sense, dia seorg ibu yg hebat dan x pernah ajar anak² dia tenggelam dlm dunia glamour selaku “keluarga artis”.


Aku bersyukur Allah kurniakan Aripah Damanhuri ini sebagai ibuku. Dan x sepatutnya dia pening kerana perbuatan org lain. Dia berjaya didik anak² dia menjadi insan yg baik insya Allah. Kini aku pula mengambil inspirasi itu utk mendidik keluarga aku menjadi keluarga yg mawaddah.


Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq


Sumber : Fais Al-Hajari


Kredit: Mediaohsem


Norlida Ishak Shop