Expired : 18.06.18

Padam Video Kontroversi, YouTuber Kelantan Mohon Maaf

Semalam hangat nama YouTuber dari Kelantan, Alief Irfan disebut oleh netizen berikutan video terbarunya dilihat tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada umum.


Laman Facebook Orang Kota Bharu adalah antara yang sangat kecewa dengan video yang dihasilkan oleh Alief. Bagi mereka, konten yang dihasilkan Alief sangat keterlaluan dan secara langsung mencemari nama baik Negeri Kelantan yang kian lama dijaga.



Bukan itu sahaja, video tersebut dilihat merendahkan martabat guru kerana jelas mengambil inspirasi daripada novel fiksyen lucah yang terkenal sekitar tahun 2004 dahulu yang kini cuba dihidupkan kembali oleh Alief. Secara tidak langsung, Alief memperkenalkan budaya soft-porn kepada anak mudah terutamanya pelajar sekolah yang merupakan majoriti followers beliau di Facebook, Instagram dan youTube.




Alieff Irfan, semakin hari semakin melampau dan biadap. Antara content creator anak Negeri Kelantan yang terlaknat!…


Posted by Orang Kota Bharu on Tuesday, 15 October 2019




Penceramah Akhi Fairuz Al-Jengkawi juga antara individu yang lantang mengecam konten video yang dihasilkan oleh Alief. Malah, komen lantang yang ditulisnya di Twitter dikongsikan di media sosial menyebabkan beliau ‘dihina’ kerana bercakap benar.


Namun, Fairuz tidak pernah mengambil hati asalkan mesejnya sampai kepada Alief, sudah cukup.




Selalu orang serang aku kat fb je, tapi kali ni beratus orang hentam aku gara-gara satu status di twitter yang hentam…


Posted by Akhi Fairuz Al-Jengkawi on Tuesday, 15 October 2019






Semalam, menerusi sesi live di Facebook dan Instagram, Alief membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengaku kesilapannya. Beliau berjanji akan lebih berhati-hati dalam konten videonya di masa akan datang dan menjadikan insiden ini sebagai pengajaran baik buat dirinya.


Justeru itu, netizen mula membandingkan karya video yang dihasilkan Alief dan Syahmi Sazli yang jauh berbeza. Ramai yang memuji karya Syahmi yang jauh lebih baik kerana turut menyelitkan nasihat dalam video yang dihasilkannya.


Moga insiden ini menjadi pengajaran buat semua supaya lebih berhati-hati dalam menghasilkan konten kerana karya anda itu nanti akan dilihat oleh semua dan tidak mengira umur. Jadilah role model yang baik buat masyarakat.


Berikut adalah karya Syahmi Sazli yang mendapat pujian daripada netizen. Dalam hiburan, terselit nasihat untuk semua.



Episod Baharu Drama Spontan Sindir Doktor Baju Batik?





‘Rapper’ Cari Gaduh Dengan Stesyen Radio, Padam Gambar Selepas Dikecam




Norlida Ishak Shop