Expired : 18.06.18

Paderi bekas penasihat Pope dipenjara 6 tahun cabul budak


MELBOURNE, 6 Rejab 1440H, Rabu – Seorang paderi Australia, Kardinal George Pell dihukum penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan penderaan seks terhadap dua budak lelaki di dalam sebuah gereja di sini pada 1996 lalu.


Pell yang pernah bertugas sebagai ketua pegawai kewangan Vatican dan penasihat Pope Francis, adalah pegawai berpangkat tinggi gereja Katolik yang didapati bersalah mencabul kanak-kanak.


Dia berdepan hukuman penjara maksimum 50 tahun.


Ketika menjatuhkan hukumannya, Ketua Hakim Peter Kid memberitahu mahkamah di sini bahawa tindakan Pell memberi kesan mendalam terhadap kehidupan kedua-dua budak lelaki itu, yang mana salah seorang daripadanya kemudian meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan.


Dia menuduh Pell bersikap tidak peduli terhadap penderitaan kanak-kanak lelaki terbabit.


Pada Disember tahun lalu, Pell yang sekarang berusia 77 tahun, didapati bersalah terhadap lima pertuduhan berkaitan pencabulan seks dua kanak-kanak di Gereja St Patrick Melbourne pada 1996.


Media tidak melaporkan kes itu sehingga Februari lalu, susulan perintah mahkamah.


Peguam yang mewakili kedua-dua budak lelaki itu sejak dua dekad lalu, Angela Sdrinis berkata, hukuman yang dikenakan terhadap Pell menunjukkan kepada mangsa pencabulan seks kanak-kanak bahawa tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang.


Hakim memulakan prosiding mahkamah dengan menyebut Pell dibicarakan, bukannya gereja Katolik. – Agensi


The post Paderi bekas penasihat Pope dipenjara 6 tahun cabul budak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop