Expired : 18.06.18

Pakatan Harapan Selangor tumpu hal ehwal ekonomi

Pakatan Harapan Selangor bermuafakat untuk terus melaksanakan agenda untuk


rakyat dan negeri walaupun ada cubaan pihak tertentu untuk menggambarkan situasi sebaliknya di negeri itu.


Memetik kenyataan bersama Harapan Selangor, empat parti dalam gabungan itu bersetuju bahawa kesentosaan, ketenteraman serta kestabilan negeri perlu dipelihara demi rakyat.


“Pakatan Harapan Selangor mengulangi tekad untuk memastikan negeri ini terus maju sebagai sebuah negeri pintar terulung menjelang 2025, selain mengutamakan agenda memberdayakan rakyat agar mampu mendepani segala cabaran yang mendatang, terutamanya berkaitan pembangunan sosio-ekonomi negeri ini,” kenyataan itu dipetik.


Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat dwibulanan Harapan Selangor di kediaman rasmi menteri besar Selangor, semalam.


Kenyataan tersebut dipersetujui pengerusi KEADILAN Selangor, Amirudin Shari; pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo; Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim; dan pengerusi Bersatu Selangor Abdul Rashid Asari.


Norlida Ishak Shop