Expired : 18.06.18

Palace hilang Sakho pula...

PERTAHANAN Crystal Palace, Mamadou Sakho menyertai dalam senarai panjang pemain yang Liga Perdana Inggeris yang mengalami kecederaan selepas mengalami kecederaan pangkal paha yang menyebabkan dia tidak dapat beraksi untuk jangka masa tertentu, kata pengendali Roy Hodgson.


Bek tengah Sakho mengalami kecederaan pada aksi Liga Perdana menentang Norwich City, menyebabkan Hodgson buntu memilih pemain menjelang aksi pusingan ketiga Piala FA menentang kelab Liga Kejuaraan Derby County malam esok.


Pertahanan Patrick van Aanholt (paha), Scott Dann (kaki), Joel Ward (lutut) dan Jeffrey Schlupp (pinggul) kesemuanya tidak beraksi akibat kecederaan manakala Gary Cahill kembali berlatih selepas pulih daripada masalah lutut.


“Senarai kecederaan itu ditambah pula dengan Sakho mengalami kesakitan hamstring ketika menentang Norwich jadi dia tidak akan beraksi untuk jangka masa tertentu,” kata Hodgson ketika sidang media.


“Cahill menjalani sesi latihan pertama hari ini dan ia sesuatu yang positif, jadi mungkin seorang masuk, seorang lagi tidak berlatih.”


Hodgson berkata penyerang Wilfried Zaha juga tidak beraksi susulan pelanggaran ketika menentang Norwich.


“Zaha bermain dalam keadaan cedera dan dia tidak boleh bermain lama. Tidak mungkin kami akan menurunkannya pada Ahad,” kata Hodgson.


Norlida Ishak Shop