Expired : 18.06.18

Pandang Pertama Google Pixel 3a XL – Peranti Kelas Pertengahan Premium Dari Google


Di acara Google I/O 2019 yang berlangsung hari ini, Google Pixel 3a XL dan Pixel 3a akhirnya dilancarkan selepas beberapa bulan rekaannya tertiris ke arena web. Pixel 3a XL ialah model paling premium di antara dua peranti kerana spesifikasinya yang lebih tinggi.


Sekilas pandang ia tidak mempunyai perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan Pixel 3 XL dan Pixel 3 yang dilancarkan tahun lalu. Ia hanyalah sekadar versi kelas pertengahan dan lebih mampu milik kepada dua peranti mercu tersebut. Ini ialah pandang pertama kami untuk Google Pixel 3a XL.


Spesifikasi






































































Google Pixel 3a XL
Skrin 6.0″ FHD+

OLED
Pemproses Snapdragon 670
Cip 2.2 X 2 GHz Kryo Gold

1.7 X 4 GHz Kryo Silver
Cip Grafik Adreno 616
RAM 4 Gigabyte
Muatan Dalaman 64GB (Tiada slot mikro SD)
Kamera Utama 12 Megapixel

f/18, OIS, HDR
Kamera Depan 8 Megapixel f/2.0
Bateri 3700 mAh

(Pengecasan pantas)
SIM/Telefoni SIM Nano/ 4G
NFC Ya
Infra Merah Tiada
Kalis Air Tiada
Sistem Imbasan Imbasan cap jari pada belakang peranti
Harga Jualan ~RM 1987

Skrin yang disertakan hanya sebesar 6″ berteknologi OLED dengan resolusi FHD+ sahaja. Ini adalah resolusi yang lebih rendah berbanding QHD+ pada Pixel 3. Sungguhpun begitu pada pandangan kami skrin masih kelihatan tajam pada resolusi yang lebih rendah ini.


Tiada takuk kamera pada bahagian hadapan. Pihak Google menjadikan Pixel 3 sebagai templat rekaan. Sejujurnya kami cukup berasa lega dengan pilihan ini kerana Pixel 3 XL mempunyai takuk yang kamera bukan sahaja paling besar tetapi turut paling buruk yang pernah kami lihat digunakan pada sebuah telefon pintar.


Akibatnya peranti ini mempunyai dahi, dagu dan juga bezel sisi yang lebih besar berbanding peranti lain di pasaran seperti Samsung Galaxy S1oe dan Xiaomi Mi 9. Ini mungkin boleh dianggap negatif kerana di pasaran Malaysia rekaan nirbingkai semakin popular dan turut digunakan pada peranti kelas pertengahan yang setanding dengan Pixel 3a XL.


Cip Snapdaragon 670 digunakan yang mempunyai konfigurasi 2+6 teras. Ura-ura bahawa Snapdragon 710 akan digunakan adalah meleset sama sekali. Kedua-dua versi Pixel 3a dan 3a XL menggunakan pemproses kelas pertengahan yang berusia ini walaupun Snapdragon 730G telahpun berada di pasaran beberapa bulan yang lalu.


Ini dipadankan dengan memori hanya sebesar 4GB RAM dan storan hanya sebesar 64GB. Saiz memori dan storan peranti ini adalah kecil jika dibandingkan dengan peranti kelas pertengahan lain di pasaran Malaysia. Malah boleh dikatakan tidak kompetitif. Tambah tragis Pixel 3a XL tidak mempunyai sokongan kad mikroSD jika storan dirasakan tidak lagi cukup besar.


Kamera utama adalah sebesar 12.2-Megapixel f/1.8 manakala kamera swafoto pula sebesar 8-Megapixel f/2.0. Tiada sebarang sistem dwi-kamera digunakan. Sekali lagi ini adalah keputusan berani dari Google sedangkan di pasaran peranti kelas pertengahan dengan empat kamera utama telahpun wujud sejak tahun lalu. Kamera utama mampu merakam pada resolusi maksimum 4K 30 FPS. Menerusi perisian serta kecerdasan buatan pula, rakaman mod potret dengan kesan bokeh masih boleh dilakukan menggunakan kedua-dua kamera.


Bateri yang digunakan pula sebesar 3700 mah dengan sistem pengecasan pantas 18W USB PD. Saiz bateri ini lebih besar berbandingan 3650 pada Pixel 3 XL dan hanya 3000 pada Pixel 3a. Peranti mungkin dilengkapi skrin lebih kecil tetapi bateri yang digunakan adalah lebih besar. Peranti walau bagaimanapun tidak menyokong sistem pengecasan nirwayar.


Spesifikasi lain yang disertakan ialah pengimbas cap jari pada panel belakang, sokongan bluetooth 5.0, pembesar suara stereo, sisi yang boleh dipicit dan juga bicu audio. Aneh sekali pada tahun 2019 kewujudan bicu audio diraikan kerana semakin ramai pengeluar mempunyai keberanian untuk tidak menyertakannya. Secara keseluruhan bolehlah dikatakan Pixel 3a XL ialah sama seperti Pixel 3 XL cuma dengan spesifikasi kelas pertengahan serta beberapa fungsi mercu yang dibuang.


Rekabentuk


Jika ia berfungsi mengapa perlu diubah? Ini mungkin pepatah kegemaran Google kerana rekaan Pixel 3a XL adalah mirip dengan peranti Pixel terdahulu. Seperti katakan pada beberapa perenggan di atas, Pixel 3a XL ialah sebuah Pixel 3 yang bersaiz lebih besar.


Perubahan yang dilakukan adalah tiada lagi dwi-kamera hadapan dan panel tubuh yang diperbuat sepenuhnya dari bahan polikarbonat. Hasilnya ialah Pixel 3a XL adalah sebuah peranti yang amat ringan jika digunakan tanpa sebuah kerangka.


Walaupun terasa amat plastik, ia sebenarnya masing lagi selesa di dalam tangan. Ia tidak licin dan paling penting sekali tidak langsung memerangkap kotoran pada panel belakang. Seperkara lagi tekstur pada panel belakang sedikit kasar yang mengelakkannya dari tergelincir dari tangan dengan mudah.  Tanpa memegang peranti, pertukaran ke panel plastik ini langsung tidak boleh disedari. Malahan jika tidak diberitahu kami yakin anda tidak mampu membezakannya.


Kekurangan yang berlaku hanyalah ia terasa amat ringan jika dibandingkan dengan peranti lain di pasaran. Kami tahu ramai yang lebih menggemari peranti yang terasa lebih berat tetapi kami juga akur apabila digunakan dengan kerangka, Pixel 3a XL akan terasa amat selesa dalam tangan.



Butang kuasa dan suara terletak pada sisi kanan. Ketiga-tiga pilihan warna yang ditawarkan Google akan hadir dengan warna butang kuasa berbeza. Hitam untuk Just Black dengan butang hitam, Clearly White dengan butang oren dan Purple-ish dengan butang hijau. Kesemua butang terasa amat teguh apabila ditekan. Pada sisi bertentangan pula terdapat satu talam SIM bersaiz nano tanpa slot untuk kad mikro SD.


Bergerak ke bawah pula terdapat port pengecasan USB-C dan pembesar suara. Aneh sekali walaupun mempunyai dagu yang besar, pembesar suara diletakkan pada bahagian bawah. Bicu audio pula diletakkan pada bahagian atas. Kami lebih menyukai peranti dengan bicu audio tetapi kedudukannya pada bahagian atas adalah sedikit canggung kerana kabel audio akan kerap kali menghalang permukaan skrin.



Pengimbas cap jari pada bahagian belakang adalah amat mudah untuk diakses. Ianya pantas dan paling penting sekali membaca cap jari tanpa masalah sepanjang masa. Satu komen yang ingin kami berikan ialah bonjolan kamera utama yang membuatkan peranti tidak boleh diletakkan rata permukaan meja Ia juga mendedahkan lensa kepada kerosakan. Penggunaan kerangka amat kami sarankan pada Pixel 3a XL bagi mengelakkan lensa tercalar.


Seperkara lagi ialah tiada piawaian kemampuan kalis air pada Pixel 3a XL. Memandangkan ia jarang ditemui pada peranti kelas pertengahan (kecuali Galaxy A beberapa tahun yang lalu) kami tidak merasakan ini adalah sesuatu yang negatif.


Secara keseluruhan pakej yang ditawarkan oleh Google Pixel 3a XL adalah amat menarik sekali. Kombinasi rekaan yang baik, selesa di dalam genggaman dan fungsi-fungsi perlu yang disertakan.


Antaramuka


Ini adalah sebuah peranti dengan sistem operasi Android 9 Pie asli dengan pelancar Pixel Launcher. Ia adalah antaramuka paling minimalis yang boleh anda temui pada sebuah peranti Android. Ada pro dan kontra di sini. Pro adalah Pixel 3a XL akan menerima sokongan kemas kini sistem operasi sehingga tiga tahun. Pemberian kemas kini juga akan berlaku paling pantas sejurus selepas pengutamaan diberikan oleh Google.


Memandangkan ia paling minimalis, spesifikasi ultra tinggi sehingga 6GB RAM tidak diperlukan untuk memastikan peranti beroperasi dengan lancar. Dalam penggunaan selama beberapa jam kami menyedari tatalan adalah lancar dan pelancaran aplikasi adalah pantas. Kesemua fungsi baharu yang diperkenalkan oleh Google akan diterima dahulu oleh Pixel 3a XL seperti navigasi berasaskan realiti terimbuh yang diumumkan pagi tadi misalnya.


Terdapat juga kontra di mana jumlah aplikasi yang boleh dibuka serentak adalah terhad. Keperluan untuk melakukan segar semula aplikasi dapat dilihat selepas 7 aplikasi dibuka. Ini bukanlah situasi yang ideal bagi seorang pengguna tegar. Tambahan lagi tiada fungsi tambahan seperti tab sisi untuk pintasan pantas misalnya.


Harus kita akui untuk pasaran peranti kelas pertengahan di Malaysia, jumlah fungsi tambahan yang disertakan memainkan peranan penting oleh golongan pengguna. Ini meletakkan Pixel 3a XL sedikit ke belakang berbanding apa yang mampu ditawarkan Oppo, Vivo, Realme, Xiaomi dan Samsung misalnya.


Di Malaysia hanya golongan geek sahaja yang akan memilih Android asli dengan fungsi tambahan. Tetapi berikut adalah beberapa fungsi terbina yang disertakan pada peranti ini.


Active Edge – Sisi boleh digenggam untuk melancarkan Google Assistant dengan pantas.


Navigasi Berasaskan Gesture – Ini ialah sistem navigasi masa hadapan Google. Tiada lagi sistem tiga butang. Kesemua fungsi peranti dikawal menggunakan satu butang bujur pada bahagian bawah dengan satu butang back.


Digital Wellbeing – Kesihatan digital semakin dipandang serius. Menerusi Digital Wellbeing kesemua aspek peranti boleh dihadkan bagi mengurangkan ketagihan digital.


Night Shot – Mod malam kamera yang mendapat pujian ramai.


Kemas Kini Pantas – Kemas kini sistem operasi dan sekuriti paling pantas pada peranti Android.


Menapis Panggilan – Google Assistant boleh menyaring panggilan telefon secara automatik menggunakan teknologi Duplex. Buat masa ini hanya ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja.


Now Playing – Mengenalpasti audio yang didengari tanpa perlu disuruh


Storan Google Photos tanpa had – Storan yang kecil dalam peranti bukan masalah kerana wujudnya storan awanan Google Photos tanpa had.



Kesimpulan


Jualan Pixel 3 tahun lalu adalah kurang memberangsangkan kerana ia sebuah peranti mercu premium yang mahal tetapi spesifikasi tidak setinggi peranti Huawei, Samsung dan OnePlus. Tambahan lagi kerana penggunaan Android Asli, fungsi menarik yang ditawarkan juga terhad. Pixel 3a XL ialah jawapan Google kepada masalah ini. Ada yang mengatakan ia ingin bersaing dengan iPhone XR, OnePlus 6T dan Galaxy S10e. Namun kami merasakan ini tanggapan kurang tepat kerana Pixel 3a XL ialah sebuah peranti kelas pertengahan premium yang di dalam kelas berbeza.


Kekuatan terletak pada perisian yang dioptimasikan sepenuhnya serta rekaan yang amat baik. Peranti terasa amat selesa di dalam tangan dengan permukaan yang tidak memerangkap habuk kerana tidak diperbuat daripada kaca. Kamera dengan kemampuan yang amat baik bagi peranti kelas pertengahan juga memberikannya kelebihan. Masih mampu mengambil foto bokeh misalnya tanpa memerlukan lebih dari satu kamera. Ini amat menakjubkan. Tetapi paling penting sekali kemas kini akan diterima paling awal serta ak


Set featured image


ses mencuba fungsi baharu yang tidak akan diberikan pada peranti Android lain terlebih dahulu.


Kekurangan terletak pada kurangnya fungsi tambahan. Di Malaysia segmen peranti kelas pertengahan amat sengit. Pada harga jualan $479 (~RM 1987) ia adalah mampu milik bagi pasaran AS dan Eropah tetapi tidak di Asia. Ia juga hanya menyokong pengecasan 18W sedangkan pesaing mereka seperti Oppo menawarkan pengecasan lebih pantas untuk peranti kelas pertengahan mereka.


Namun begitu ini semua tidak penting kerana kebarangkalian Pixel 3a XL (dan Pixel 3a) akan ditawarkan secara rasmi di Malaysia adalah amat rendah sekali. Ia jelas disasarkan kepada peminat peranti Pixel yang mahukan fungsi kamera yang baik tanpa perlu merobek dompet. Nantikan ulasan Pixel 3a XL di Amanz dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.


Norlida Ishak Shop