Expired : 18.06.18

Papa Gomo Ditahan… Bila Pula Nak Tahan Waytha Moorthy Yang Terima Lebih 150 Laporan Polis?

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang masih belum menahan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy biarpun telah lebih 150 laporan polis dibuat terhadapnya.


Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian ekoran penahanan Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO.


“Papagomo ditahan selepas menerima 17 laporan polis ke atasnya. Bila pula nak tahan Menteri P. Waythamoorthy yang menerima lebih 150 laporan polis?



“Exco Dap, V. Ganabatirau yang mengapikan perkauman isu kuil dan turut menerima laporan polis, bila nak ditahan?” soalnya yang dimuatkan dalam laman facebooknya hari ini.


Tegasnya, prinsip ‘Rule of Law’ model Malaysia Baharu Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mesti dilaksanakan.


“Siapa sahaja yang disyaki memainkan sentimen perkauman dan melakukan perkara-perkara yang membelakangi prinsip perundangan dan Perlembagaan wajar disiasat secara adil dan saksama tanpa mengira kedudukan dan latar belakang mereka.”


Manakala bagi Exco Pemuda UMNO Malaysia, Shahrul Nasrun Kamaruddin kesal tindakan pihak berkuasa tersebut kerana secara keseluruhannya rakan sejawatannya itu menyeru kepada penyatuan ummah.


“Tetapi malang sekali seruan itu dianggap sebagai menghasut kepada perkauman,” katanya dalam catatan di laman sosialnya.


Shahrul turut senada dengan Asyraf apabila mempersoalkan mengapa pihak berkuasa masih belum mengambil apa-apa tindakan terhadap P. Waytha Moorthy.


“Konon ‘no body above the law’, tapi rupanya P. Waytha Moorthy ‘above the law’. Belum ditahan walaupun ada beratus laporan polis,” tegasnya.


Hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun telah mengesahkan polis menahan Papa Gomo atas alasan memuat naik video berbaur hasutan dalam laman sosial. – Media UMNO


Norlida Ishak Shop