Expired : 18.06.18

Parti UMNO, Pas sudah tepu, sila masuk Amanah – Mujahid

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Mujahid Rawa mempelawa orang Melayu supaya menyertai parti itu kerana menyifatkan parti-parti lain sudah tepu kerana ketandusan idea.


Menurut beliau, negara sedang menuju Malaysia Baru dan sudah tiba masanya ahli-ahli parti lain dialu-alukan untuk bersama mereka menuju agenda itu.


“Parti yang lain dah tepu dengan berbagai idea yang tak maju, dengan pelbagai isu rasuah yang berlaku, maka kita tak melihat orang Melayu ada pilihan melainkan PH,” katanya kepada pemberita di satu program hari raya di Dataran Medeka hari ini.


Mengulas pelawaan PPBM kepada parti-parti lain, Mujahid berkata ia perkara yang baik buat penyatuan orang Melayu.


“Kita tahu apa yang berlaku pada Umno, kita juga tahu bagaiman PAS dengan UMNO tidak boleh memberi kekuatan kepada dasar yang kita nak bawa bersama,” katanya.


Semalam, Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad mempelawa semua parti politik menyertai partinya dalam usaha menyatupadukan serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.


Beliau berkata orang Melayu hari ini berpecah kepada 6 parti, dan kewujudan banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi menang pilihan raya semakin tipis.


“Enam, bukan lagi majoriti 60% tetapi setiap parti 10% sahaja,” katanya pada satu majlis rumah terbuka di Johor Bahru.


The post Parti UMNO, Pas sudah tepu, sila masuk Amanah – Mujahid appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop