Expired : 18.06.18

PAS Batu : Selamat Hari Belia 2019


SELAMAT HARI BELIA 2019


“Aku adalah anak panah-anak panah Islam. Campaklah aku ke mana sahaja, aku akan tetap memperjuangkan Islam – Saad bin Abi Waqqas


Belia merupakan tonggak utama dalam sesebuah ketamadunan. Golongan belia merupakan sebahagian besar daripada penduduk negara ini, sekaligus menjadi sumber tenaga terpenting bagi pembangunan negara.



Islam amat menekankan peranan belia lantas pembinaan peribadi mereka menjadi satu agenda yang penting. Lihat sahaja bagaimana Al Quran menyentuh tentang kisah pemuda seperti Ashabul Kahfi dan Ashabul Ukhdud. Juga kisah para sahabat Rasulullah SAW dan pembukaan kota Konstantinopel, semuanya dibina daripada jiwa jiwa belia yang beriman.


Dengan ini, PAS Kawasan Batu ingin mengucapkan Selamat Hari Belia buat seluruh belia di Malaysia. Persiapkanlah diri kalian dengan disiplin ilmu dan paksi agama yang mantap agar dapat menjadi benteng dalam menongkah arus serangan pemikiran dan hedonisme.


Sentiasalah bersedia untuk menerajui kepimpinan serta menyumbang dalam pembangunan dan hala tuju negara.


#IslamMemimpin

Ikhlas dari,


PAS KAWASAN BATU

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BATU

DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BATU


“Kita Sejahtera Bersama”

“Islam Memimpin”



</div>
<script async src=
Norlida Ishak Shop