Expired : 18.06.18

PAS belum bincang cadangan kerajaan campuran


KUALA NERUS, 6 Rejab 1440H, Rabu – PAS Pusat masih belum mengadakan perbincangan mendalam berhubung cadangan UMNO untuk mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) dan PAS ketika ini.


Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, yang juga Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sehingga kini belum ada perbincangan khusus mengenai cadangan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.


Beliau berkata, kepimpinan tertinggi PAS dan UMNO sedang mendapatkan reaksi dan maklum balas daripada ahli parti masing-masing mengenai hasrat itu.


“Tetapi pada masa ini tidak ada keputusan lagi…kita masih menunggu maklum balas daripada pemegang taruh sebelum keputusan dibuat,” katanya kepada pemberita selepas program MB Mari Kampung Kite, Siri Jelajah Penerangan Bajet 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini hari ini.


“Secara umumnya kita melihat apa jua inisiatif dan usaha ke arah membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan inklusif adalah suatu perkara yang akan memberi kepentingan kepada rakyat,” katanya.


Mengenai kesediaan PAS Terengganu untuk memberi laluan kepada wakil BN sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) jika diminta berbuat demikian, beliau berkata, perkara tersebut bergantung kepada bentuk model penyatuan kerajaan.


Justeru, katanya, adalah penting agar satu kajian mendalam dilakukan oleh PAS untuk melihat kesan model penyatuan tersebut kepada kepentingan rakyat sekiranya kerajaan campuran dipersetujui.


“Kita mempunyai banyak model yang sangat unik dan ia memerlukan kajian mendalam untuk melihat bagaimana model negeri yang dibentuk itu nanti memberi kesan kepada rakyat,” katanya.- Bernama


The post PAS belum bincang cadangan kerajaan campuran appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop