Expired : 18.06.18

PAS Libaran turun edar juadah Bugis.


Oleh : Junid Azam

25 Mei 2019


SANDAKAN : Sebanyak 200 bekas bubur nasi yang dicampur jagung atau lebih dikenali sebagai ‘Berobbo’ oleh bangsa Bugis diedarkan oleh PAS Libaran di PPR Taman Murni, petang tadi.


Program edaran yang melibatkan Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda PAS Libaran ini bermula tengah hari dengan acara gotong royong memasak bubur tersebut.



Selain bubur tersebut, risalah berkaitan Lailatul Qadar dan Ramadan juga diedarkan bagi memberi sedikit kefahaman berkaitan peristiwa yang sangat bermakna dalam Islam itu.


Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Libaran, Nasruddin Lahapin yang mengetuai edaran kali ini berharap agar program seperti ini dibuat secara bulanan.



“Program edaran ini sangat baik dilaksanakan untuk kita mendekatkan diri dengan masyarakat dan juga memberi kefahaman berkaitan isu semasa yang berlaku sejak kebelakangan ini.” Tambah Nasruddin.


Maklum balas yang diterima daripada masyarakat berkaitan program ini adalah positif dan mereka sangat berterima kasih kepada PAS Libaran atas edaran tersebut.



Turut hadir dalam program ini adalah Setiausaha PAS Kawasan Libaran, Heriyanto Ladat, Ketua Pemuda PAS Libaran, Kamsah Osman serta beberala orang pimpinan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Libaran.



The post PAS Libaran turun edar juadah Bugis. appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop