Expired : 18.06.18

PAS Libaran turun ke pulau agih bantuan


Oleh : Nur Ridwan Asmi

11 Mei 2020


SANDAKAN : Dewan Pemuda PAS Kawasan Libaran (DPPKL) hari ini turun ke lapangan untuk mengagihkan bantuan di dua tempat dalam program Ramadan 4 Marhaen (R4M) di sini, kelmarin.


100 pek keperluan barangan dapur telah diedarkan di Kampung Kebun Cina dan juga Kampung Pulau Libaran yang kebanyakan penduduk di sini telah terputus bekalan makanan seja arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan.



Agihan bantuan yang disumbangkan orang ramai ini diketuai sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Libaran, Kamsah Osman memberitahu bahawa program ini bukanlah kali pertama dilaksanakan sepanjang PKP malah ia adalah agihan yang ke – 5 selepas nama program ini dijenamakan semula daripada Projek Misi Bantuan Kebajikan.


“Sampai ke hari ini, kita sudah mengagihkan lebih kurang 500 pek bakalan makanan kepada asnaf dan juga mereka yang terputus bekalan makanan.” Tambah Kamsah.



Yang Dipertua PAS Kawasan Libaran, Abdul Waheed Mohamad yang turut hadir dan memberi ucapan dalam agihan kali ini juga memberitahu bahawa PAS Libaran akan terus komited dalam membantu masyarakat tidak kira bangsa, agama mahupun fahaman politik.


Turut hadir dalam agihan pada kali ini adalah Komandan Jabatan Amal Malaysia (Libaran), Husin Rahim dan beberapa orang ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Libaran yang lain.


Bagi yang mahu menyumbang untuk projek agihan ini, boleh salurkan sumbangan ke akaun sementara DPPKL, 4723695902 (Public Bank) atas nama Herianto Ladati.


The post PAS Libaran turun ke pulau agih bantuan appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).