Expired : 18.06.18

PAS serah sumbangan kepada Polis Kinabatangan


25 Mac 2020

Oleh: Basith Samad


KINABATANGAN : Dalam usaha membantu barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi pandemik Covid-19, PAS Kinabatangan tampil memberikan sumbangan kepada pihak Polis di Balai Polis Kinabatangan hari ini yang bertugas membantu pihak kerajaan menangani wabak berkenaan.



Abdul Aziz Baitul Makmur, Ketua Pemuda PAS Kinabatangan berkata negara kini dalam keadaan sukar dan ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk mengatasi masalah ini.


“Kami menghargai usaha kerajaan dalam menangani masalah ini. Malah kami sangat berterima kasih dengan pengorbanan kakitangan yang menjaga keselamatan awam dibarisan hadapan menentang pandemik ini.” Tambahnya.



Berikutan itu PAS Kinabatangan mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan kepada mereka sebagai tanda penghargaan masyarakat tempatan atas kerja keras yang telah dilakukan.


Sumbangan berupa barang mentah untuk masakan pegawai bertugas itu telah diserahkan oleh Abdul Aziz bersama barisan ahli jawatankuasa PAS Kinabatangan kepada pegawai polis yang bertugas ketika itu.


Pihak Polis Kinabatangan juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas sumbangan yang mereka sangat perlukan ketika ini.


The post PAS serah sumbangan kepada Polis Kinabatangan appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).